Sekian lama akak usha SRK untuk temankan akak berjalan2 di IKEA, at last selepas tertangguh daripada bulan ke bulan...sampai juga akak ke situ. SRK "membebel" semasa dalam perjalanan, katanya apa yang susah sangat nak pergi IKEA, dari tol Sunway, jalan terus sampai nampak billboard IKEA. Yup, memang senang pun nak pergi situ tapi sesaknya jalan, Tuhan saja yang tau. Apatah lagi time cuti. Itu la gunanya ada "driver" so that akak boleh bersenang-lenang jadi co-pilot =))
Ralik melihat set-set kabinet dapur, yang macam foto kat atas tu, akak minat tengok rak-rak tempat simpan periuk tu...cantik. Kalau buat kat rumah akak sendiri, cun juga ye. Periuk2 tu pun jenis yang akak minat sebab sesuai digunakan untuk dapur letrik dan sekarang ni kalau sesiapa berminat nak mendapatkan kuali leper aluminium, ada dijual dengan harga serendah RM9.50 sahaja. Tapi lama mana tahan kuali ni, tak pasti hehe...
Bagi menambahkan lagi "kebosanan" SRK melayan akak, round pulak ke tempat pinggan-mangkuk. Seronok tengok pelbagai jenis pinggan-mangkuk dan gelas, segala macam senduk dan spices jars. Pinggan-mangkuk yang ada unsur warna purple memang kesukaan akak. Teringat pulak baru minggu lepas emak akak "membebel", sampai bila nak simpan aje set pinggan-mangkuk warna ungu ni weh....
Senyum :))
Menuju ke food court.... |
Ok..ok...dah berjam-jam lamanya window shopping kat IKEA, dah tiba masanya untuk mengisi perut. I think this is the favourite part, muka SRK berseri-seri gitu bila akak ajak makan. We crossed the road dan terus berjalan menuju ke The Curve. Tengah sale (clearance stock) kat depan, ramai betul manusia. Tapi pakaian yang dijual tak menepati citarasa dan kesesuaian diri akak. Tapi...kasut pun ada sale! Hanya daripada RM50.00 - RM100.00 sahaja. Cantik!!
SRK found out something yang dia nak makan, apa lagi kalau bukan makanan Kelantan. Dia cari kat digital directory dan terus menuju ke restoran yang dimaksudkan. Tapi...agak frustrated sebab hanya ada beberapa menu Kelantan sahaja seperti nasi berlauk, nasi kerabu, laksam dan 2-3 jenis makanan Kelantan lagi. Dan...harganya agak mahal. Tak berbaloi you nak makan laksam semangkuk dengan harga hampir RM14.00. Membazir.
Pilihan SRK > nasi putih + kerabu perut & nangka, papadom dan asam pedas ikan patin.. |
Pilihan akak > nasi putih + asam pedas ikan patin & kerabu kacang botol.. |
Kami terus berjalan ke food court dan akhirnya berpuas hati dengan sajian nasi campur. Dua pinggan nasi berlauk ni cuma bayar RM15.00, agak berpatutan. Cuma kami agak terkilan dengan asam pedas ikan patin tu, kurang best sikit. Asam pedas ikan patin yang original bukan macam tu. Apa pun, syukur Alhamdullillah perut dah pun kenyang. Layanan staf kat kedai tu pun sangat baik.
dayah tak pernah lagi berpeluang ke IKEA..
ReplyDeletetak tau nak komen apa...hehe...
...sgtttt ramai org kat situ huhu...
Delete