Showing posts with label moments. Show all posts
Showing posts with label moments. Show all posts

Monday, September 5, 2016

throwback @ merdeka day



Lama akak tak update blog akak ni, mood busy + vitamin M melanda secara tiba2. Banyak jugek cerita nak tulis tapi tak tertulis2, berlalu bagai angin lalu =).

Tapi nak throwback sikit pasal hari kemerdekaan yang lepas. Once in a life time, bawak anak2 pergi Dataran Merdeka untuk tengok sendiri macamana perarakan merdeka dibuat. Selama ni anak2 tengok kat tv jek, tu pun tengok separuh sebab lambat bangun tidur..





Pukul 6 dah kejutkan anak2, lepas solat subuh dah kena gerak ke stesen LRT, tu pun dah kira lambat kan. Orang lain solat subuh kat masjid jamek kot. Nasib baik tak liat nak bangun sebab masing2 tidur lewat. Pukul 6.40am baru naik tren, orang dah ramai kat stesen tren. Semangat memasing. Seronok tengok. Sampai kat masjid jamek, boleh katakan cuaca gelap lagi. Tambah pulak baru lepas hujan. Tapi seat dah penuh.






Tengok la penuh ke tak seat tu, masing2 datang awal sebab nak kan tempat duduk, kalau tidak jenuh la berdiri 2-3 jam. Ada yang bawak anak2 kecik lagi. Paling tak tahan tengok orang bawak baby. Kalau akak, tak sanggup nak bawak baby. Bukan sebab apa, satunya sebab environment sesak macam tu tak sesuai untuk baby. Keduanya, kesian kat baby sebab kat situ bila dah terlalu ramai manusia, oksigen pun macam 50-50. Belum campur dengan hujan renyai2 yang turun kejap2 pagi tu. So, tak sesuai la bawak baby.






Bila dah cerah sikit, makin ramai manusia. Segala jenis manusia ada, tahan atau tak tahan jek duduk kat situ tapi sebab nak tengok live perarakan merdeka tu, anak2 akak sanggup redah lautan manusia. Nasib baik ada SRK jadi bodyguard kami. SRK redah, kami ikut belakang :)

Redah punya redah dah sampai dekat2 dengan seat VIP dah. Sempat la tertengok our PM lalu naik kereta, bukak cermin tingkap dan lambai2 kat orang ramai (as usual).






Budak2 excited tengok benda2 ni kan, termasuk la anak2 akak. Walaupun anak2 dah besar tapi tetap terkesan dengan watak2 ni. Semua bersorak!







Well, malam sebelumnya, anak dara akak ambik bahagian untuk turut sama mendengar amanat YAB PM kita kat PWTC. Budak2 ni pergi atas tiket group pengakap laut sekolah derang. Semua excited nak pergi PWTC...ye la...nak attend majlis besar dengan PM. Lagi excited bila reporters buat interview.








At the same time, bukan hanya masuk dalam tweeter Bernama tapi muka derang masuk jugek dalam paper Harian Metro. Tambah excited lagi budak2 ni, happy tak terkata. Berbaloi la pergi dengar amanat.

:)







Wednesday, August 17, 2016

giler pokemon @ pokemon giler








Okay, bukan akak mengada-adakan cerita ye. Boleh tengok sendiri macamana rakyat KL begitu terpengaruh dengan game pokemon-go. Katanya tempat ni memang port pokemon, that is why ramai sangat players yang sanggup duduk macam tu selama berjam-jam.

Selama akak tunggu anak dara selesai training kayak, akak boleh nampak yang paling ramai ialah melayu. Cina ada la 3-4 orang. India pulak...macam tak nampak. Macam ada pelbagai peringkat umur, daripada budak sekolah sampai la orang2 yang dah bekerja. Cuma tak nampak lagi warga veteran berlonggok kat situ nak cari pokemon.

Ini fenomena biasa, almost everyday kat tasik titiwangsa. Boleh tengok keadaan macam ni sampai matahari dah nak terbenam (maghrib), they all still kat situ.

Hebat pokemon-go ni kan! 

Why not PDRM wujudkan aplikasi untuk detect di mana penjahat?? Boleh bubuh nama game, PENJAHAT-GO. Eh...akak gurau jek.

=)

Thursday, July 28, 2016

mini gathering @ KUEH, shah alam







Sabtu lepas, akak join mini gathering dengan kawan2 lama...kawan2 masa kat kampus ceruk tu..dulu. Semua dah over 40....oppsss...tapi perangai masing2 still maintain tak hengat. Padahal anak2 ada yang dah masuk universiti tapi ada lagi yang beranak kecik. Woha! 

Plan nak jumpa pun dah last minute. so hentam jek la pilih lokasi. At last, plan jumpa kat Restoran Kueh kat Seksyen 13, Shah Alam. Oleh kerana akak ni "expert" sangat dengan jalan2 kat Shah Alam tu, makanya akak tumpang kawan jek la...hehe. Kalau pergi sendiri, bimbang sampai malam tak jumpa2 restoran ni...huhu. Rupanya tak la susah sangat nak cari kalau ikut highway NKVE.






Okay...yang ni akak suka. Owner restoran siap gantung benda ni, nak maklum kat pelanggan yang restoran ni tak ada wifi. Good. At least tak ada la sapa2 yang nak guna wifi...then duk hadap handset jek walaupun kawan2 ada kat depan mata. Kalau bawak anak2 kat situ, forsure derang tak suka..hehe.







Okay...ni menu minuman derang, not bad. Kalau tak silap, restoran ni dah masuk JJCM TV3 kan. Kalau sapa2 yang "hantu nasi", ni memang bukan lokasi pilihan la. Boleh makan nasi lemak kat restoran sebelah. Cuma kalau minat minum coffee, In Shaa Allah ada pilihan.







Jom tengok interior design dia. Akak memang minat betul kalau restoran guna meja dan bangku kayu gitu. Menarik sangat, nampak rugged. Kaunter order dan bayaran pun unik.







Ada mural tulisan KUEH kat dinding tu, sekali pandang macam tulisan tamil. Dua kali pandang, memang tulisan tamil pun =). Ada kelainan. Ada bunga kat atas meja...simple tapi cantik dan santai.







Kalau dah nama Restoran Kueh kan, mesti la banyak kuih. Sederet tu semua kuih2, korang pilih jek mana yang berkenan. Ada kuih moden dan tradisional. Seronok tengok kuih banyak2 gitu...rambang mata akak!








Okay...oleh kerana akak dah lama tak makan kuih tepung gomak, maka akak pun layan la tepung gomak. Sedap rasanya, macam tepung gomak yang akak selalu beli kalau balik kampung. Original lagi rasanya. Boleh bagi 4 bintang. Kuih2 lain tu ambik juga sebijik2, nak feel rasa camna. Kalau okay, boleh rekomen kat member2.







Owh...pavlova pun ada, so peminat pavlova jangan lepas peluang. Tapi akak tak makan sebab bila jamah sikit, rasa manis sangat. Akak out la kalau manis2 sangat ni, takutttt.... :)

Cantik kan pavlova dia, menarik dan tertarik gitu. Strawberry tu kena fresh.







Belek punya belek menu dia, akak pilih makan soto sebab macam best jek. Memang best pun, makan separuh dah kenyang, tak larat nak habiskan nasi impit tu. 







Anyway, kepada yang memang minat makan nasi, ada tiga jenis nasi dalam menu. Pic atas tu set nasi hujan panas. Kalau tak silap, cuma RM12 gitu. Ada ayam masak merah, papadom, kuah kari dan acar comel. Tak larat akak nak makan nasi hujan panas ni, sebab sebelum tu dah breakfast nasi lemak.








Untuk peminat2 coffee, memang ada pelbagai jenis coffee. Yang ni we all order for the second round, lepas siap makan soto, nasi dan kuih bagai tu. Order coffee pulak sebab tak habis2 lagi menyembang, banyak sangat benda nak share, nak tanya, nak bincang. Maklum la backgorund kerja masing2 berbeza-beza....macam2 nak share.

Well done mini gathering untuk wakil daripada TM, remisier, IT expert, cikgu, Alam Flora, PLUS and few private companies. Owh...just realized yang kawan2 ramai kerja dengan private company. Income lagi berbaloi...kot.. 
















Wednesday, July 27, 2016

jamuan raya @ ofic









Okay, nak update majlis jamuan raya ofic, semalam. Firstly, my personal opinion, majlis ni sepatutnya bermula pada jam 11.00 am, so that lepas ucapan big bos..etc, sedang elok perut lapar dan boleh terus makan. Baru feel. Tapi I dont know macamana boleh decided buat pukul 2.00pm..dimana time tu actually orang dah lunch. By the way, it was okay tapi macam kurang sesuai.

Pic atas tu, department kitaorang punya stall. We all served cendol, abc, rojak buah dan char kuew teaw. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar, even we all sediakan mesin ice crusher untuk staff buat abc derang sendiri. DIY la kiranya. Ada yang macam seronok guna mesin tu...kikiki.






Bila perut dah lama kosong, mula la tekak rasa lain macam. Tak tau nak makan apa + malas nak meronda cari makan. So, makan rojak buah dulu. Sedap kuah rojak brand Mak Bee ni, rasa nak tambah lagi dan lagi! TQ frens yang sediakan rojak buah ni. Uolls memang awesome.







Then, tumpang member makan satay dua cucuk je. Satay ok tapi rasanya dalam dua minggu ni banyak sangat dah makan satay. Rasa macam heavy pulak.

So, makan rojak lagi. Kali ni rojak campur pulak...pun sedap! Perut lapar kot, itu sebab semuanya rasa sedap =)

Ambik aiskrim karamel + strawberry untuk melengkapkan rasa. Cewah. Kuih-muih raya tu, ambik sikit2 untuk rasa, colourful gitu.







Then ada lucky draw. Hadiah lucky draw ni sumbangan daripada big2 bosses dan each department. TQ sangat cadangan akak masa meeting hari tu, untuk adakan lucky draw ni...diterima oleh committee. Akak cadangkan buat lucky draw ni untuk eratkan silatulrahim, untuk have fun together, untuk buatkan staff2 stay sampai abih majlis... =)

Cuma, kalau bagi hadiah tu, biar la ikhlas sikit kan. Jangan la ambik barang hiasan mana2 then bagi kat orang. Itu namanya jangan kan tidak, asalkan bagi. Why not kita collect sikit sorang dan beli hadiah yang baharu...sure orang yang terima hadiah tu menghargainya walaupun tak mahal.

Peace :)














Thursday, June 30, 2016

mood republik @ saharul ridzwan




Giler ramai manusia menerjah ke PWTC, pertamanya memang nak cari baju raya. Keduanya mungkin sebab nak tengok artis2 kesayangan dari dekat. Mau tak sesak jalan nak ke situ. Akak balik kerja dah pukul 10pm pun masih sesak, macam nak balik raya jek gayanya. Rugi minyak kereta!

Anak2 akak pun tak ketinggalan ajak pergi mood republik. Okay, dapat la beli sehelai palazo untuk si kakak, harga not bad. Si adik pulak ada aim lain nak pergi mood republik...






Ni la aim budak2 ni nak pergi mood republik. Beriya cari dengan gigih gerai yang ada mamat ni. At last, jumpa jugek. Sedang elok mamat ni baru nak mula promote biskut2 raya dia, tak sampai seminit...dah penuh dengan budak2 pompuan kat depan gerai mamat ni. Makcik2 pun ada. Eh...makcik???

Mamat ni memang friendly, sentiasa senyum menawan. Mentang2 la kan drama dia tengah hot kat tv sekarang ni. Sure la tengah panas lagi. 

Siapa nak berselfie dengan mamat ni, syaratnya kena beli biskut raya. Haaa...gitu dia promote. 







Kakaknya pun takkan nak duk diam jek kan, sanggup budak2 ni beli kerepek bawang RM20...then berasak-asak beratur panjang semata2 nak bergambar dengan mamat ni. Nasib baik ummi nya tak macam anak2 nya...hehe. Tunggu jek kat belakang, malas nak bersesak-sesak. Macam2 bau ada!

Lepas dapat berselfie, masing2 tunjuk muka excited. Amboiiii....bukan main lagi budak2 ni.






Sudahnya, tak sempat nak balik berbuka kat rumah. Masuk sunway putra dan berbuka kat situ jek. Akak cuma makan mushroom soup dan garlic bread jek, cukup dah tu alas perut. Ni makan kat kedai Burger & Friends (kot?), ground floor sunway putra. Kedai baru.

Sesekali layan kehendak anak2, rasa nak tanggal betis ni.












Monday, May 30, 2016

KL International Canoe Polo Championship 2016








Last weekend akak cuma mengemas rumah jek, tak balik kampung. Lagipun anak dara masuk game polo kayak kat Tasik Titiwangsa. Actually nama dia tak ada dalam list pun tapi disebabkan ada senior pompuan yang tengah pregnant, so kelab terus calonkan nama dia. Kalau dah rezeki kan.

Well, ini penyertaan sulung dia dalam game ni. Training cuma sempat seminggu jek. Main kayak biasa dengan polo kayak memang banyak beza, perlukan skill yang lebih untuk kontrol kayak. Jenuh jugek la akak bagi support kat budak kecik ni, bagi semangat sebab nervous sangat katanya.








Banyak jugek team yang masuk, dari Singapore ada. Maybe game ni belum popular kat negara kita, that's why akak pun tak tau pasal game ni...sehingga la anak dara join main kayak.

Dalam2 tak expert tu, alhamdullillah dapat jugek masuk final, berentap dengan team dari Muar. Maybe skill belum mantap lagi, so memadai la dapat naib johan. Experience tu yang penting.








Second place, dapat medal dan dapat duit. Sejak anak dara main kayak ni, dah banyak jugek duit yang dia dapat collect. Alhamdullillah.

So, kepada sapa2 yang berminat nak main kayak, boleh cuba2 dulu kat Tasik Titiwangsa tu. Kalau rasa okay dan minat, boleh register dengan Kelab Kayak KL.

Friday, May 27, 2016

langit pagi








Salam Jumaat kawan2 semua, alhamdullillah kita dipanjangkan usia lagi untuk bertemu dengan Jumaat buat sekian kalinya. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi.

Pagi tadi tiba2 je nak snap pic matahari terbit. Pic atas tu akak snap at 6.30 am, dari rumah akak. Cantik kan langit pada waktu ni, Subhanallah. Waktu ni dah mula sesak kat jalan utama, akak boleh skodeng sikit2 nak tengok keadaan trafik.






Second pic ni akak snap pukul 7 am, dari angle yang sama. Tengok macamana cantiknya ciptaan Tuhan, terpaku kejap tengok langit yang ada warna2 macam ni. 

Terpaku beberapa minit, padahal tengah bersiap2 nak pergi kerja. Tengah make-up sikit2. Actually biasanya pukul 7 am ni akak dah on the way hantar anak dara ke sekolah tapi hari ini, anak dara skip kelas untuk join game polo air kat Tasik Titiwangsa. So, lambat sikit keluar dari rumah.

Katanya ada sambutan Hari Guru tapi lebih excited nak main kayak. Eh...last day school kan, so selamat bercuti kepada semua budak2 sekolah. Anak2 cuti, harus parents pun ambik cuti kan.


Wednesday, April 27, 2016

gulai tempoyak ikan patin







Usai sudah majlis doa selamat + menyambut menantu kat rumah mak. Sambut menantu "lama" sebab majlis nikahnya dah selesai bulan november tahun lepas. Alhamdullillah mak tempah food kat caterer jek sebab tak larat nak mengemas rumah kalau masak2 sendiri.

Menu of the day, daging masak opor, gulai nenas+ikan kering, ulam+sambal belacan dan ayam goreng berempah. Air sirap sejuk. Pandai dia buat air sirap, tak manis sangat. Akak suka gitu.





Mak tambah satu lagi food yang dimasak sendiri dengan air tangan mak, gulai tempoyak ikan patin. Limited edition, siapa cepat dia dapat sebab mak tempah 20 ekor jek ikan patin. Tapi rasanya orang tu sedekah lagi ikan patin, so lebih daripada 20 ekor la. Kami gotong-royong mencuci ikan patin sampai tak ada bau, hanya dengan air limau kasturi. Nak guna tepung gandum boleh jugek.

Kejap jek mak masak gulai ni, campak2 jek bahan2nya. SRK tukang kacau dan jaga api :)

*sebenarnya SRK yang tak sabo nak makan!





This is my family...cousins, daughters and SIL. Derang ni kalau tak selfie berbaris, tak sah. Yang available...yang tudung ungu tu, okay =)

Tuesday, April 26, 2016

temerloh for real







Ramai jugek kawan2 tanya kat fb etc..tentang keringnya air sungai Pahang sekarang ni. Ada yang cakap dah boleh main bola kat situ, ada yang cakap boleh lumba motor kat sungai Pahang tu. Macam2 versi cerita la ada. Ada yang betul, ada yang sipi2 betul dan ada yang kurang tepat.

Last weekend, kebetulan akak balik kampung kan, terus ajak SRK ronda2 kat tepi sungai Pahang, nak tengok sendiri apa jadi kat situ. Foto kat atas tu akak snap sendiri daripada dalam kereta. Sementara tunggu anak2 dara berselfie2 kat area bawah tu, akak sempat snap foto tu. 

Well, ada benarnya yang beberapa tempat dah nampak pasir jek, especially kat sebelah sana tebing sungai. Mungkin jugek sebab area tu dasar pasirnya agak tinggi. So, bila musim panas macam ni, area tu yang timbul dulu. Kalau bukan musim kemarau pun, akan timbul jugek tebing2 pasir tu. Cuma tak la seluas yang kita boleh tengok sekarang ni.

Kuasa Tuhan, tak siapa boleh menafikannya.

Friday, March 25, 2016

temerloh @ global warming








Salam Jumaat yang penuh barokah.

Semalam my SIL yang duk Lipis tu tanya, betul ke sungai Pahang dah jadi macam ni??

Last kami balik ke bandar ikan patin, on 18-20 Mac 2016, few days ago. Ada lalu tepi sungai Pahang, saja lalu situ sebab nak cari gerai cendol sebenarnya, bukan nak tengok sungai. Tapi tertengok sungai jugek la sebab dah depan mata kan.

Round town sebab survey kedai jual shawl dan my mom bercadang nak makan cendol. Jenuh jugek la cari gerai jual cendol..hingga la ke tepi sungai Pahang tu tapi nampaknya tak ada rezeki.

Then, nampak budak2 main kat tengah sungai...(??), owh...dah jadi macam padang bola gayanya. Air sungai kering.





Pernah jugek dulu air sungai agak kering dan budak2 boleh main2 kat atas pasir tu, then macam ada "pesta" pulak kat situ. Kuasa Allah SWT, tak siapa yang boleh melawan kehendakNya. Biar pun waktu musim tengkujuh, air sungai Pahang ni bagaikan lautan tapi bila musim panas, macam ni la rupanya.

Fenomena macam ni menarik perhatian warga tempatan, gerai2 minum kat tepi2 sungai tu sentiasa penuh dengan pelanggan. Bot2 penambang yang ulang-alik ke seberang pun terpaksa mencari port yang sesuai untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Kalau ada orang nak berenang pun boleh..gayanya.

Tuesday, March 22, 2016

wedding photo shoot by tengkolokungu








Untuk penjimatan @ bajet, my cousin ambik TengkolokUngu sebagai photographer. TengkolokUngu ni is a new name tapi dah banyak tempahan diterima especially musim cuti sekolah. Owner TengkolokUngu ni kelulusan civil engineering tapi minat nak buat fotografi. 

Nak share beberapa keping foto yang fresh dari kamera TengkolokUngu ni.







I like this pic very much and much. They all ni my cousins, daughters and SIL. Muka memang nampal sepesen except pengantin pompuan, kacukan Kelate. Pengantin lelaki dari Bota. Bertenggek kat atas dahan pokok, kat tepi Pantai Sepat, Kuantan. Nice tempat ni.

Can see our happiness and "gila-gila" sebab bkn senang pakai baju kurung tapi nak panjat pokok. Woha!






Ahaaa..lawak ekspresi muka pengantin lelaki. Actually the photographer susah nak snap angle yang betul2 ngam untuk pengantin ni sebab pengantin lelaki quite tall. Banyak scene yang macam tak berapa kena. Ini adegan "dilwale", jenuh action...cut...action...cut.


Pelakon tambahan terdiri daripada tukang jahit berijazah, budak lepas SPM, ahli farmasi, student U cyberjaya dan budak fanatik main kayak yang baru form 2 =).


*Akak tak enterfrem sebab dah lebih umur...hehe.






Kesungguhan photographer nak snap pic yang terbaik untuk pengantin, dibantu oleh isteri tercinta. 

Jambatan ni kami panggil "jambatan cinta" sebab memang ramai pengantin yang buat photo shoot kat situ. Memang cantik. 

Untuk tempahan photographer @ TengkolokUngu ni, boleh la hubungi 
IKRAM 013-9988310. Location: Kuantan.
fb : tengkolokungu


Tuesday, March 1, 2016

cinta tak semestinya bersatu








Tajuk entri bukan main lagi, tak boleh blah la..kan. Saja.

Terbusy dengan hal2 duniawi. Kadang2 rasa blank sebab kita ni sebagai manusia setiap hari tak abih2 mengejar hal2 duniawi yang mana benda2 ni semua tak bantu banyak pun untuk kita masuk ke dunia yang kekal. Tapi itu la kehidupan.

Dah sebulan lebih duduk kat rumah yang baharu kami pindah, bukan rumah baharu pun dan bukan rumah kami sendiri pun. Rasa lega yang amat sangat bila mana semua masalah berkaitan dengan rumah, dah hampir selesai. Alhamdullillah. Dengan berkat kesabaran dan tolak-ansur yang perlu ada dalam diri kita, In Shaa Allah tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Best jugek duduk rumah yang ini sebab boleh view pemandangan yang macam2, boleh nampak KLCC, boleh tengok KL Tower, boleh tinjau First World Genting Highland, boleh skodeng traffic jammed...etc. Ada la something nak tengok kan. Cuma 1st experience during CNY baru2 ni, kami tak dapat nak lelapkan mata sebab dihujani bunyi mercun yang tak henti2. Okay, fine. Sabo tu separuh daripada iman.





Yang ini akhirnya cinta bersatu, kalau dah jodoh tak ke mana antara adik akak dengan isterinya yang muka ala2 arab pakistan gitu. Rezeki adik. Pencarian yang berakhir dengan penerimaan yang ikhlas, tidak mementingkan harta benda. Yang penting, sehati sejiwa dan ikhlas menerima satu sama lain seadanya.





Zaman sekarang kan, barang2 hantaran pilih dan beli sendiri, lepas tu tukar jek. So, suka hati pengantin ler nak beli barang apa yang dia suka kan, parents dah tak kisah...malas nak fikir banyak. Kalau zaman dulu2, kita tak tau pun dapat hantaran apa, surprise sikit kan.






Boleh pilih kain pasang yang kita suka, pilih favourite color gitu. Mak mertua tak marah punya... :). So, kain ni my SIL yang beli sendiri. Cantik kain ni, kalau beli extra untuk akak pun okay.... =).






Handbag pun bukan main pilih lagi kan. Yang penting logo tu kena tayang depan...hehe. Kalau logo gambo naik kuda gitu, orang pompuan mesti tahu punya kan. Akak pun suka brand ni, banyak sales kat Sogo.






Barang hantaran yang ini paling tak boleh blah. Tau la lasak, paling sempoi la gayanya. Ada we all kisah sebab ini la trend orang zaman sekarang. Macam2 hantaran yang gempak dan masyarakat semakin menerima perubahan...

Peace :)

Semoga masjid yang baru dibina kekal hingga ke Jannah.






Thursday, November 19, 2015

akad nikah adinda





Lambat betul nak update pasal adinda akak yang dah pun selamat menikah dengan gadis pilihan hatinya. Tak sempat nak update, banyak hal nak buat. Penat.

Alhamdullillah adinda akak dah bergelar suami orang sejak lebih kurang dua minggu lepas. Bertemu jodoh dengan orang senegeri, satu jalan kalau nak balik kampung. So lepas ni kalau time raya, tak wujud la kot gaduh2 bermasam muka sebab pening nak balik raya kat kampung sapa.. :)

Semoga berbahagia hingga ke Jannah, In Shaa Allah. Dah bertambah ahli family akak.





Orang lain yang nikah, orang lain yang terlebih happening. Selain daripada dua anak dara yang bertudung brown dan orange tu, yang lain2 tu semua my cousins. Available lagi semuanya. Boleh la usha2 kalau berkenan.

Sempat jugek my uncle jenguk kat tingkap, nak jugek enterframe. My uncle pun available. Woha!

Macam ni la kalau sesekali dapat berkumpul sama2 walaupun kat rumah orang..hehe. Janji dapat happy2 dan dapat bergambar ramai2.

Thanx to all yang sama2 memeriahkan majlis pada hari tu.