Showing posts with label malls. Show all posts
Showing posts with label malls. Show all posts

Friday, November 17, 2017

ten years, sunway pyramid









Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan unik ni. Cuma ada satu spelling nasi dagang, jadi nasi dangang. Jenuh kejap pikir camna nasi dangang tu. Rupanya salah eja. Okay, no problem, as long rasa nasi dagang dia best. Restoran ni located dekat dengan Nandos, lower ground. Ada macam2 menu kat situ, termasuk la kalau nak lepak2 sambil minum teh tarik. Cuma teh tarik nya tak memenuhi citarasa akak la, macam banyak krimer sangat.






Suka tengok dia punya interior, kerusi yang berwarna-warni tu memang attractive sangat. Budak2 pun mesti suka nak datang kan. Service pun okay, tak ada masalah. Kat dinding tu ada macam2 mural dan ada juga ditayangkan video, sharing resepi laksa etc. And actually kat situ menu Baba Nyonya tapi yang penting makanan dan minuman kat situ adalah halal.







Minum petang dengan roti bakar dan teh tarik. Roti bakar ni ada dua types, satunya roti milk dan butter. Satu lagi butter dan kaya. Dua2 sedap, akak suka...cuma rotinya kurang soft. Kurang gebus. Kalau guna roti yang klasik tu, lagi best kot.







Cheezy wedges untuk minum petang? Not my taste tapi ni pilihan my friend. Tak tau pun macamana rasanya cheezy wedges versi Ten Years ni. Nampak menarik dan sedap kan.






Dah comot sikit pinggan rojak buah ni sebab sampai kat meja je, terus ngap! Tak menyempat-nyempat. Not bad rasanya walaupun tauhu nya agak garing tapi kuah rojaknya marbeles. Memang licin la makan benda ni. So, semua food ni setiap satunya harga tak sampai 10 ringgit pun, so boleh la cuba kan. Lepas makan, boleh window shopping kat Brand Outlets, Guardian dan boutiques lain yang memang boleh kempiskan wallet atau purse kita. Hmmm....











Wednesday, September 27, 2017

dolly dim sum








Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, kan. Rezeki bukan dalam bentuk duit semata-mata. Orang nak belanja makan pun, kira rezeki juga. Langkah kanan. 

Tak jauh dari ofic nak ke tempat makan ni, just few hundred metres jek. Jalan kaki pun boleh tapi kalau tak nak ketiak melekit, elok la drive kejap ke tempat ni. Located at Pavilion, KL, honestly this is my first time pergi makan kat food court Pavi. Tak kisah la orang nak kata akak ketinggalan zaman ke tak =). Biasanya jalan2 kat shop2 tu jek dan makan kat tempat lain. Tu pun window shopping but no wonder celebrities suka datang Pavi ni. Macam2 ada.

Dah nama orang nak belanja, follow the flow. Asalnya plan nak makan ringan2 je macam roti2 gitu, lepas tu ternampak Pizza Hut. On the way nak pergi Pizza Hut, ternampak pulak kedai makan dim sum ni. Bercahaya mata akak masa tu bila nampak dim sum. Then ubah plan, terus masuk Dolly Sim Sum. Sebelum masuk, duk tercegat beberapa minit kat luar kedai sebab nak make sure yang food dia halal ke tidak. Pandang ke dalam kedai, ramai orang Melayu (99% Malay are Muslim, kan?)...so baru la masuk ke dalam. 






































Ada nampak macam dim sum ke? Nope. Memang bukan sebab dim sum awal-awal dah masuk dalam perut, tak sempat nak snap gambar. Seriously, memang sedap dim sum kat kedai ni. Order ayam goreng sebab terliur tengok chicken wing dalam menu. Ratah macam tu jek, cicah dengan sos cili. Macam tak cukup ayam goreng ni sebab tengah lapar.

Perfect match makan ayam goreng dengan air lemon grass. My sister asked me twice either betul ke akak nak minum air serai. Yup, sedap air serai ni, rasa macam minum kuah tomyam (acah je!) =). Tapi memang habis licin air serai ni, nampak sangat akak haus kan.






































Nasib baik ada nasi goreng, ingat mulanya makan dim sum je. Berdebar kejap sebab macam tak happy perut ni kalau makan dim sum ni...hehe. So, order popia. Panas giler lagi popia ni, rangup bila makan. Nasi goreng tu, jangan tak tau, we all share bertiga.  Sweet gitu makan share. Tu pun jenuh nak habiskan sebab dah banyak makan dim sum. I love dim sum. Portion popia tu macam elok2 jek 3 ketul, sorang satu ketul. Seronok pulak order sikit2 macam ni sebab semua nak merasa dan semuanya habis licin. Alhamdullillah.

Well, kat sebelah2 tu banyak lagi kedai makan yang kelazzzz gitu tapi ada juga yang biasa2. Up to your choice. Harga pun berbeza-beza, pilih jek ikut kemampuan dompet kita, kan.