Showing posts with label promo. Show all posts
Showing posts with label promo. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

nurraysa trial set









First time tengok iklan Nurraysa ni, kat tepi LPT. On the way nak balik kampung. Macam teruja sikit nak tengok sebab model iklan tu, tauke Nurraysa sendiri yang berniqab. Jarang kan orang nak iklan produk kecantikan pakai niqab sebab macamana orang nak tengok muka. Macamana orang nak ada confident nak beli produk kan. Secara logiknya macam tu la anggapan orang. Tapi ternyata produk ni berbeza dengan produk2 lain yang ada di pasaran sebab produk ni mesra wuduk. So excited nak try dan kebetulan my SIL introduce produk ni. Pucuk dicita ulam mendatang.

Suka nak promote produk macam ni, produk muslim dan mesra wuduk. Kalau nak ambil wuduk tu, just basuh muka kita dengan air dan bedaknya pun hilang. So easy. Senang prepare nak solat kan. So bulan ni Nurraysa buat promosi harga produk yang sangat berbaloi, rugi kalau tak beli. Dateline nak beli dengan harga special ni, 31 Januari 2018. Lepas ni harga produk akan balik asal. Baik beli sekarang dan dapatkan penjimatan yang berbaloi.

Kalau berminat, tinggalkan mesej kat ruang komen ye! :)


Friday, January 20, 2017

now everyone can be beautiful










Salam Jumaat yang penuh barokah.

Pernah dengar atau tengok iklan produk Nurraysa ni? Ataupun memang uolls pengguna produk Nurraysa? Kalau tak pernah, boleh cuba pakai produk2 Nurraysa ni sebab produk2 ni adalah produk2 yang mesra wuduk dan solat. Maknanya boleh dibawa solat, so kita tak perlu ragu2 lagi nak pakai. Tak perlu nak was2 samada produk ni halal ataupun tidak.

Produk2 lain, ada sabun untuk jeragat, lipstick, loose powder, eyeliner dan ada macam2 lagi produk yang perlu kita cuba. Ni bukan segmen tajaan Nurraysa tapi akak suka nak share produk2 buatan Melayu yang kita boleh cuba tanpa was2. Kena sokong produk tempatan walaupun ada diantara kita memang suka pakai produk2 branded yang datang dari luar negara.







Shining mineral blusher ni berbaloi beli sebab tahan lama, boleh la cuba. Sapa2 yang suka pipi nampak bling2 dan shining tu, boleh terus beli.

Pada yang berminat nak beli produk2 Nurraysa, boleh contact Kak Ijot - 0199290625. Kak Ijot ni based dia kat Kuantan. So orang Kuantan jangan ketinggalan ye!


Friday, June 3, 2016

lets fly with FELDA







Ada lagi sampai kat inbox akak tentang tiket2 penerbangan yang murah2 ni. This time promotions untuk fly ke Europe dan Istanbul....I likeeeee.

Promotions ni valid untuk uolls booking sehingga 30 Jun 2016 dan 21 Julai 2016 dan travel period sehingga 30 November 2016. So, ada masa lagi untuk uolls buat kutu travel atau buat saving untuk melancong.

However, sukacita diingatkan yang payment methodnya ialah CASH. So, no credit card atau payment method yang lain. No money, no ticket...gituuu... :)

Selamat terbang!

Wednesday, June 1, 2016

MAS promotions







Akak just nak share apa sampai ke inbox akak, about MAS promotions bulan Jun ni. Kot2 la ada yang tengah tercari-cari lagi tiket2 yang sesuai dengan bajet masing2, so uolls boleh tengok promotions ni. Rasanya harga2 tiket yang ditawarkan by locations tu agak berbaloi.

Jangan lupa tengok booking period dan travel period yang MAS nyatakan tu. 

Ok jugek kan kalau nak beli tiket untuk balik raya. 

:)

Monday, May 2, 2016

LIPSTICK MATTE @ PROMO




Cara Memilih Lipstick Bersesuaian Dengan Tona Kulit Anda





Pernahkah anda mengalami masalah dimana anda sukar memilih warna lipstick yang bersesuaian dengan tona kulit muka anda? Dan tahukah bahawa terdapat terlalu banyak warna lipstick yang boleh anda temui di pasaran? Pemilihan warna lipstick yang betul dan bersesuaian dengan tona kulit adalah amat penting dalam memastikan anda mendapat hasil solekan yang menawan. 

Berikut merupakan cara-cara atau panduan untuk anda ikuti dalam pemilihan warna liptick yang bersesuaian dengan tona kulit anda;

1.      BENTUK BIBIR

Pertama sekali, penting untuk anda mengenalpasti bentuk bibir anda. Ini adalah kerana warna lipstick yang gelap akan menyebabkan bibir anda kelihatan lebih kecil manakala warna lipstick yang terang pula membuatkan ia kelihatan lebih besar.

2.      SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS

Langkah kedua, pilih 1 warna yang anda rasa paling sesuai untuk anda gunakan ke semua majlis atau acara. Jadikan ia sebagai ‘emergency lipstick’ anda yang anda simpan di dalam beg anda dan dibawa ke mana sahaja. Warna yang paling sesuai dan selamat untuk dibawa adalah warna-warna natural.






3. KULIT CERAH

Untuk wanita yang berkulit cerah, anda boleh memilih untuk memakai lipstick matte berwarna cerah seperi merah, pink, nudes dan seumpanya. Warna-warna ini sesuai dipadankan dengan complexion kulit anda yang cerah.

4. KULIT KUNING LANGSAT

Bagi mereka yang mempunyai tona kulit kuning langsat pula, anda boleh tampil menyerlah dengan warna-warna lipstick yang berani seperti fuschia, purple, peach, cranberry dan lain-lain lagi.

5. KULIT GELAP

Tona kulit yang gelap pula sesuai dipadankan dengan warna-warna lipstick seperti merah gelap, ruby, nudes dan elakkan memakai lipstick berwarna oren dan peach!




SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Thursday, April 28, 2016

pakej muslim @ felda travel







Sampai lagi emel travel promo ni ke inbox rasmi akak dan kali ni pakej muslim ke Slovenia, Croatia, Bosnia, Montenegro dan Albania. Nampak macam best, boleh travel sebelum kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau saving dah banyak tu, boleh la contact terus Felda Travel seperti nombor telefon yang tertera kat atas tu. Banyak diskaun yang derang bagi tu, so jangan ketinggalan.

Wednesday, April 13, 2016

pasar rakyat medan mara, KL








Biasa dengar pasal Pasar Rakyat Medan MARA tu tapi tak pernah pergi sebab tak ada keperluan. Since dua minggu lagi my parent nak buat majlis sambut menantu, usaha jugek cari tailor yang boleh siapkan baju dalam masa 10 hari...gitu. Macam mustahil dah sebab orang dah sibuk tempah baju raya, mau nya nak layan baju nak pakai kenduri. Kalau ada, memang rezeki ler. 

Kebetulan my best friend nak tempah baju jugek, so we decided menerjah ke Medan MARA, kot2 ada rezeki kat situ. Seperti yang dijangka, memang tailors fokus kat tempahan baju raya jek. Okay la, surender. Kain yang plan nak pakai masa kenduri, tempah untuk baju raya. Siapnya 30.06.2016 nanti. Woha! Mau akak lupa dah time tu =)

Sebelum tu, we all tawaf dulu sekali dua dalam Pasar Rakyat tu untuk tengok2 dan kaji2 yang mana satu tailor yang nampak macam okay. Kalau tailor yang senyum pun tak nak bila customer datang kedai, rasanya reject la kot tailor yang macam tu. Tapi kalau tailor tu dari jauh lagi dah senyum dan memanggil kita, kebarangkalian itu la tailor yang kita cari. Well, at last singgah kat Heyroll Basry Tailor ni.

Akak nak tempah baju kurung Pahang tapi disebabkan kain yang akak bawak tu dari Bandung, ada sulam tampal siap2, tak boleh nak buat baju kurung Pahang. Tukar kepada baju kurung moden jek. Alamak...harus akak masuk gym hari2 ni kalau nak lawa pakai baju kurung moden :)

FYI, upah jahit baju kurung Pahang kat tailor ni cuma RM65.00, kurung moden RM90.00 dan baju melayu RM110, jenis cekak musang. So, uolls kalau still tercari2 tailor untuk buat baju raya, boleh terjah ke Pasar Rakyat ni. Berbaloi rasanya.

Friday, April 8, 2016

nasi ayam goreng kunyit @ mat rock



Salam Jumaat yang penuh dengan barokah. Baru berkesempatan nak update blog walaupun ada juga few stories yang boleh dikongsi kat sini. 

Minggu ni akak dah mula bertugas di unit yang baharu, dengan tempat yang baharu, job spec yang baharu tapi dengan bos yang lama. Woha! =)

So far so good, tak ada apa yang tak good even environment baru ni, so far so good. Alhamdullillah. Sepanjang minggu ni banyak buat meeting and discussion among us. Bos push kami buat discussion sebab ada benda2 yang perlu kami buat dengan kadar segera. No stress at all, instead of we had to think hardly, we had fun together, gelak sana gelak sini, "kutuk" sana "kutuk" sini. It was normal among us. Jokes everytime and everywhere, salah satu cara untuk mengeratkan persahabatan.





Apa yang bestnya bila ada meeting and discussion ni, ada makan2nya :). Alhamdullillah rezeki murah minggu ni. First day meeting, we all makan domino pizza and coke. Then during other discussions, ada jek la jajan2 yang keluar daripada pantry tu. Discuss sambil makan. Boleh gebus-gebas ni.

And..lunch tadi sekali lagi makan free, bincang punya bincang, at last order nasi ayam goreng kunyit daripada Mat Rock, Kampung Pandan. I think Mat Rock ni dah popular kot, dah banyak cerita pasal tempat makan ni kat area town centre ni. Mat Rock ni jadi semakin famous bila dia buat delivery service.

So, we all order ikut suka. Boleh campur ayam dan sotong, daging dan sotong etc. Harga memang berbaloi sebab kita tak perlu nak hadap jem during lunch hour. Just call dan buat order siap2. Bos pun makan nasi ni jugek, tak boleh pilih. Best makan sambil meeting ni, bila masing2 dah kenyang...semua fikiran ke laut!

Hahahaha.....

Peace :)

Tuesday, April 5, 2016

brand outlet @ sunway putra







Last weekend bawak anak2 dara jenjalan kat Sogo dan Sunway Putra, naik tren jek. Mudah sikit. Sogo ada buat sales tapi akak tak beli apa2 pun kat situ, just window shopping dan bawak anak2 makan kat food court. Tapi orang memang ramai giler. Siapa kata orang KL dah tak ada duit. Setiap minggu, penuh jek shopping malls kat KL ni. Then akak tengok bukannya sikit derang tu shopping. Kira senget la bahu angkat barang.

Kat Sunway Putra la purse akak jadi kempis sebab akak masuk brand outlet. Normal la kan kalau kat brand outlet ni, buy one free one. Then 3 @ RM50. Ataupun RM19.90, depends pada barang and brand la. Mula2 cuci mata dulu, then baru la pilih tapi tak sempat akak nak pilih, anak2 dah pilih dulu. So nak jimat, kena la layan kehendak anak2. 

Tapi baju2 kat situ cantik2, cuma kena pandai pilih la yang sesuai dengan kita. Kemeja lelaki banyak pattern, banyak colors. Kalau nak yang slim fit type pun banyak. Handbag pun ada, sandals, belts....etc. Sedia duit jek la kan.

Tuesday, March 29, 2016

the divergent series : allegiant







Plan asal nak bawak anak2 tengok Kungfu Panda 3 tapi sebab seats penuh, tinggal seats yang paling depan jek, tukar tengok Batman. Pun penuh! I thot cerita2 ni orang KL dah tengok tapi rupanya panggung still penuh. At last, anak dara pilih nak tengok Allegiant. Last choice but I like :)

Mujur tak tengok Boboi Boy, kalau tidak mahu akak fokus makan popcorn jek dalam panggung.

Very interesting film, tak rugi beli tiket tiga beranak RM43.00. Filem ni memang best dan penuh suspen. Admire heroin filem ni very much, cool tapi cepat dan tangkas, bijak dan cantik. Heronya pun handsome dan sado. Memang terpukau tengok teknologi penghasilan filem ni, canggih.

Dah lama tak tengok filem yang macam ni. Akak minat tengok filem2 yang macam James Bond, Mission Impossible etc. Filem2 macam ni penuh dengan taktik, suspen dan kebijaksanaan. Nak pulak hero MI tu, Tom Cruise. Minat jugek filem2 lakonan Johnny Depp sebab "membesar" dengan Johnny Depp. Hero2 sekarang akak kurang tahu.

Dealed dengan anak2, one month, one movie only.


Saturday, March 26, 2016

paintball challenge 2016








Salam sabtu untuk semua :)

Akak nak share satu info pasal paintball ni, since akak ada dealed dengan Felda Travel sebelum ni untuk uruskan certain programmes, jadi Felda Travel ni kerap jugek bagi update pasal aktiviti derang. Ada yang pasal pakej umrah etc.

Yang ni pulak pasal Paintball Challenge 2016, buat kat Felda Residence Hot Springs. Kalau ada yang tertanya2 kat mana Hot Springs ni, lokasinya kat Sungai Klah, Sungkai, Perak. Cantik tempatnya, boleh view kat google.

Lumayan tu hadiahnya, cash money. Kalau menang, boleh belanja untuk preparation raya puasa tahun ni =). Akak minat jugek paintball ni, last main kat Morib. Main tak hengat, sampai berbirat lengan kena tembak tapi sangat fun. Akak suka la sukan yang lasak2 macam ni.

So, sapa2 yang berminat dengan challenge ni, boleh la contact incharge person seperti nama dan nombor telefon yang tertera. 

Good Luck!

Thursday, March 24, 2016

santai @ artwood






Lama dulu this place tempat makan/minum biasa2 je, ada few wakaf dan kerusi/meja macam gerai2 lain jugek. But lately, with somebody's support, tempat ni dah bertukar wajah. Dah jadi ceria dan unik, boleh lepaking. Rasanya banyak jugek kos yang dikeluarkan oleh taukenya hingga jadi macam ni. Nice place to lepak.





Tempat ni kat depan Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay. Ini la tempat yang kerap akak lepak + minum dengan kawan2 selepas selesai sesi exercise kat gym. Punya la dah biasa dengan budak2 waiter kat situ, even kalau tak bawak duit pun, still boleh minum/makan. Pay later la. Regular customer kata derang. Kalau 3-4 hari tak jengah situ, rasa macam tak complete...ewah...iye ke... =).





Kat situ ada masakan panas, kalau datang time lunch hour, boleh makan nasi kukus dengan ayam. Akak selalu request lamb or chicken chop, tak dapat2 lagi ni sebab still tak ada dalam menu...hehe. Kalau untuk minum petang, ada roti bakar, french toast, cekodok pisang dan pisang goreng, panas2 lagi. Laksa pun ada.






Since tempat ni sebelah Hotel Royale Chulan, kat situ dah jadi tempat lepak driver2 VIP. Kadang2 berlonggok driver2 ni sementara tunggu bos2 derang. Budak2 yang kerja kat hotel tu pun selalu turun makan kat situ, mungkin sebab harga lebih sesuai.






Dibina bertingkat2, ada corner untuk privacy, ada yang untuk group...it depends to you. Dah banyak kali jugek orang luar booked untuk buat birthday party kat situ. Malam pun still available.





Pic selepas hujan, 1st time akak menapak naik ke tingkat atas untuk feel yang berbeza =))



Tuesday, March 22, 2016

wedding photo shoot by tengkolokungu








Untuk penjimatan @ bajet, my cousin ambik TengkolokUngu sebagai photographer. TengkolokUngu ni is a new name tapi dah banyak tempahan diterima especially musim cuti sekolah. Owner TengkolokUngu ni kelulusan civil engineering tapi minat nak buat fotografi. 

Nak share beberapa keping foto yang fresh dari kamera TengkolokUngu ni.







I like this pic very much and much. They all ni my cousins, daughters and SIL. Muka memang nampal sepesen except pengantin pompuan, kacukan Kelate. Pengantin lelaki dari Bota. Bertenggek kat atas dahan pokok, kat tepi Pantai Sepat, Kuantan. Nice tempat ni.

Can see our happiness and "gila-gila" sebab bkn senang pakai baju kurung tapi nak panjat pokok. Woha!






Ahaaa..lawak ekspresi muka pengantin lelaki. Actually the photographer susah nak snap angle yang betul2 ngam untuk pengantin ni sebab pengantin lelaki quite tall. Banyak scene yang macam tak berapa kena. Ini adegan "dilwale", jenuh action...cut...action...cut.


Pelakon tambahan terdiri daripada tukang jahit berijazah, budak lepas SPM, ahli farmasi, student U cyberjaya dan budak fanatik main kayak yang baru form 2 =).


*Akak tak enterfrem sebab dah lebih umur...hehe.






Kesungguhan photographer nak snap pic yang terbaik untuk pengantin, dibantu oleh isteri tercinta. 

Jambatan ni kami panggil "jambatan cinta" sebab memang ramai pengantin yang buat photo shoot kat situ. Memang cantik. 

Untuk tempahan photographer @ TengkolokUngu ni, boleh la hubungi 
IKRAM 013-9988310. Location: Kuantan.
fb : tengkolokungu


Saturday, March 12, 2016

myadinda @ online shopping







Akak follow blog Dr.Halina, suka baca life stories dia yang santai tapi complete. Bermula daripada tabiat dia yang suka main Fashion Design World game, game tu dah jadi realiti dalam hidup dia. Zaman sekarang kalau ada modal, In Shaa Allah plan akan jadi realiti. 

Maksudnya bertambah la online shopping website yang perlu akak visit =)

Last akak online shopping a few months ago, stop kejap sebab kena sound dengan SRK..hehe. Iye la kan, walaupun guna duit sendiri tapi kadang2 tak hengat, jadi syok pulak. Yang jadi syok tu sebab tak payah susah payah pegi shopping mall, redah jem etc, tup2 barang dah sampai kat tangan.







So far, barang2 yang akak beli secara online tak ada masalah. Tak pernah lagi pulangkan barang sebab rosak etc. Cuma nak elakkan beli barang yang mahal, bimbang kualitinya indah kabar daripada rupa. Nowadays duk usha wallpaper pulak, memang banyak yang berkenan tapi belum decide. Tunggu masa yang sesuai.

Semuanya kat hujung jari, kan :)

Wednesday, April 15, 2015

teh tarik place @ jalan pahang


First time akak diperkenalkan dengan Restoran Teh Tarik Place ni ialah masa akak duduk Bandar Puteri Puchong dulu. Ada satu branch dia kat IOI Mall. So bila jalan2 + shopping2 kat IOI Mall, time nak makan mesti pergi Teh Tarik Place. Selain daripada teh tarik dia yang memang marbeles dan interior design yang menarik, tempat tu juga ada menyediakan ruang makan terbuka yang mengadap tasik, khas untuk orang2 yang suka merokok sambil minum atau selepas makan. Of coz SRK suka pergi situ, senang dia nak mengabihkan makanan cap dunhill dia tu.

Then, anak sedara kawan akak pun ada buka satu cawangan Teh Tarik Place kat Paradigm Mall. Akak dan famili pun dah beberapa kali makan kat situ tapi ruangnya smaller than yang kat IOI Mall tu. Rasa makanan lebih kurang sama tapi rasa teh tarik tetap sama 99%.

Pernah juga makan kat Teh Tarik Place kat Empire Shopping Gallery kat Subang Jaya. Yang jadi ke situ sebab dulu akak duk ulang-alik ke Shaklee HQ kat sebelah tu. Pun rasa teh tarik yang 99% sama.





Well..punya la koman akak ni baru tau Teh Tarik Place ada branch kat Jalan Pahang. Baru2 ni tertengok sorang kawan yang upload status fb, tengah mengeteh kat situ. Owh...rupanya ada juga branch berdekatan dengan rumah akak. Terkini ada juga branch baru buka kat Quill City Mall. Ok2..tak jauh la kalau nak mengeteh.





One thing yang akak suka about Teh Tarik Place ni ialah penggunaan kerusi dan meja kayu yang agak berbeza daripada tempat2 lain. Selesa untuk melepak2 kat situ, samada dengan kawan2 ataupun famili. Boleh pilih nak duduk kat tempat yang ada aircond ataupun tak.





Rasanya Teh Tarik Place dah meluaskan lagi skop menu derang. Now macam2 boleh makan kat situ. Sapa yang teringin nak makan laksa ikan sekoq, boleh pergi situ. Memang uolls akan jumpa sekoq ikan dalam mangkuk laksa. Nasi kerabu dia pun not bad, SRK suka. Roti canai, roti bakar dan macam2 jenis roti lagi tu...memang ada la kat situ.

Ni cerita pasal Teh Tarik Place, Jalan Pahang sebab petang semalam dah tersampai kat situ dengan kawan akak. Kedainya betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke HKL. Tak susah nak cari.

Tuesday, January 7, 2014

shopping @ nile.com.my






Akhir tahun lepas, akak sempat online shopping untuk cari beg yang sesuai. Dan akhirnya jumpa beg yang agak ok untuk akak dan SRK. Akak beli kedua-dua beg ni kat nile.com.my. Dah lama sebenarnya akak selalu skodeng kat nile.com ni. Tapi kebanyakan fesyen baju yang ada lebih kepada remaja atau belia dan banyak juga yang produk yang ala2 k-pop.




Beg yang ini untuk SRK. Susah juga nak cari beg yang sesuai untuk dia sebab dia agak cerewet sikit kalau nak beli beg. Kalau bentuk beg bukan empat segi, mesti tak nak sebab macam perempuan katanya. Betul juga kan. SRK punya beg ni harganya bawah RM100. Murah kan.





Yang ni pulak untuk akak. Boleh guna bila akak jenjalan santai dengan anak2, nak bawa pegi ofis pun boleh. Tapi kalau nak pergi function atau official event macam tak sesuai la. Harga beg ni pun tak mahal, memang mampu sangat nak beli.

Satu hal yang akak suka tentang shopping kat nile.com ni ialah kepantasan derang deliver produk. Akak tempah beg ni pepagi buta, lepas lunch hour hari yang sama dah sampai kat ofis. Tapi biasa la kan yang boleh hand delivery ni cuma untuk area KL sahaja.



Wednesday, December 11, 2013

zalora online revolution




Satu lagi promo yang akak suka nak beritahu semua, pasal Zalora Online Revolution.

You olls jangan lepaskan peluang ini, boleh pilih mana yang suka hingga tengah malam ini.

Beli produk dengan diskaun yang hebat!

cara mudah untuk pecahkan lemak @ shaklee





Lagi akak nak story about produk supplement Shaklee. Ada sapa2 yang bercadang nak pecahkan lemak dalam badan tak? Kalau ada, ni akak cadangkan makan dua jenis produk Shaklee ni, Lecithin dan Alfalfa Complex. Kedua2nya adalah untuk memecahkan lemak disamping ada lagi benefit lain, In Shaa Allah.

Dengan modal yang dalam lingkungan RM100 untuk membeli kedua2 produk ni, sangat berbaloi untuk kita laburkan demi usaha kita menjaga kesihatan diri. Kalau kita sanggup laburkan duit untuk beli baju, rokok dan sebagainya untuk memenuhi kehendak diri kita, apa salahnya laburkan sedikit setiap bulan untuk kesihatan diri.


Left : Lecithin      Right : Alfalfa Complex


Seharusnya dalam sehari kita kena makan enam biji Lecithin dan sepuluh biji Alfalfa tapi you olls boleh kurangkan kuantiti ikut kesesuaian pada permulaannya. Untuk makan Alfalfa tu, kalau tak sanggup nak telan sebijik gitu, boleh rendamkan dalam air dan jadikan ia minuman herba. Amalkan setiap hari.

Selain daripada pecahkan lemak dalam badan, untuk mereka yang ada mengalami sendi2 sakit, boleh juga mengamalkan makan Alfalfa ni. 

Untuk tempahan belian, boleh la emel atau tinggalkan catatan di ruang komen =)).

Tuesday, December 3, 2013

protect your heart @ shaklee omega guard


Bulan Disember ni, Shaklee ada buat promosi produk Omega Guard. Omega Guard ni kalau sapa2 yang belum tau, ia adalah untuk kesihatan jantung kita, In Shaa Allah. 


Sumber :  Laman web Shaklee

Testimoni kat rumah akak sendiri, abah akak dah mengamalkan makan Omega Guard ni sejak tahun lepas lagi. Abah akak mempunyai masalah jantung bengkak, biasa la bila orang lelaki yang dah lama sangat menghisap rokok mesti ada masalah jantung dan paru2. Semasa abah menghadapi masalah jantung bengkak, abah pun tak lalu makan, badan pun makin susut. 

Sampai satu ketika, my auntie cadangkan makan Omega Guard sebagai makanan tambahan. Orang lelaki ni biasanya tak suka atau tak minat nak makan pills. Am I right? Sama la macam abah akak, kalau sebut nak pergi hospital atau nak suruh makan supplement ni, dia buat acuh tak acuh aje. At last, abah demam sampai dua minggu, tak lalu makan. Asyik baring dan tidur aje. 

My auntie (adik bongsu abah) sanggup datang daripada JB untuk pujuk dan yakinkan abah supaya cuba makan supplement. Daripada abah tak nak makan, sekarang ni abah tak pernah miss nak makan. Sebab apa? Sebabnya jantung dia dah rasa lebih selesa, badan dia dah berisi semula, selera makan pun dah konsisten. Alhamdullillah. 



OmegaGuard™
 
Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil.  One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA. 

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Apapun you olls, segalanya dengan izinNya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. So, jangan lupa beli Omega Guard ni. Elok untuk kesihatan jantung. 

Kalau nak beli, boleh emel akak ye. 


Friday, November 8, 2013

new distributor training @ shaklee



Rentetan daripada entri akak yang sebelum ini mengenai Shaklee, akak suka nak kongsi satu program yang bagus untuk new distributors yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang teknik2 perniagaan Shaklee, macamana nak jual, macamana nak up jualan dan sebagainya lagi.

Kepada mereka yang berstatus new distributor atau dah agak lama jadi distributor tapi nak buat "siaran ulangan" kepada apa yang perlu mereka buat, boleh la berkunjung ke program seperti berikut...


TARIKH  :   15 DISEMBER 2013 (AHAD)

TEMPAT :   HOTEL HOLIDAY VILLA, SUBANG


Tiket boleh didapati di HQ atau KL Branch atau hubungi talian telefon 03-56223146.

=)).