Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Friday, June 10, 2016

french toast @ sambal kentang @ patin goreng








Petang semalam hujan lebat otw balik ke rumah. Biasa la KL ni kalau hujan jek, selalunya mesti jem. Tambah lagi banyak construction sana sini. Dekat pukul 6pm baru sampai rumah. Hazab redah jem.

Terus mintak tolong anak2 dara potong2 roti gardenia, sapu marjerin dan hancurkan ikan sardin. Nak buat roti sardin. Abih la satu paun roti tu, tinggal kulit je... 100% anak2 dara yang masak. Done.







Bila dah suntuk masa nak memasak ni, tangan mesti ligat nak siapkan juadah sebelum waktu maghrib. Akak masak sup ayam dan at the same time celur mee hoon, boleh makan dengan sup ayam tadi + sambal kicap. Settled. 






Rebus kentang 4 biji, nak buat sambal kentang. Akak tumiskan kentang ni dengan ikan bilis dan mempedal ayam. Cara masak sama la dengan cara kita nak masak sambal tumis ikan bilis tu. Sebab tu stok ikan bilis kena sentiasa ada kat rumah.






This one fresh ikan patin from Temerloh. Goreng pun sedap. Plan nak buat gulai masam ikan patin tapi sebab bunga kantan pun tak ada, goreng jek la. Ikan patin goreng ni antara lauk yang memang laris kat rumah.

Ok done juadah berbuka puasa semalam. Walaupun tak mewah macam orang lain tapi alhamdullillah kenyang semuanya.

:)









Monday, February 18, 2013

jeruk pak ali @ penang








Dari Alor Star, akak menerjah ke Perlis. Sempat la juga makan nasi dengan gulai daging rusa kat situ. Suka tengok suasana di Perlis, macam aman aje dan luas mata memandang. Pengalaman jarang2 makan daging rusa memang tak dapat dilupakan. Dagingnya yang lembut dan akak tak dapat nak cerita apa yang membezakan rasa daging rusa.

Dari Perlis terus turun semula ke Penang, sangat tergesa-gesa sebab dalam tempoh masa yang terhad, terpaksa ke sana ke mari. Penat rasa badan. Di Penang, sempat dihadiahkan oleh kawan2 kat sana jeruk buah-buahan yang popular tu. Khabarnya yang paling popular ialah jeruk Pak Ali. Akak bawa balik dua paket, anak2 suka. 

Jangan lupa ye kalau sesiapa yang jarang menerjah ke Penang, singgah la beli jeruk Pak Ali. Memang tak mengecewakan =))



Monday, July 11, 2011

salad timun versi SRK




Actually malam selepas me makan nasi kukus kat PNB Park tempoh hari, me sakit perut yang amat sangat. Tak lena tidur malam dibuatnya. Tak pasti la disebabkan kuah nasi kukus tu atau sebab-sebab yang lain. Tapi dua orang kawan me pun sakit perut.

Perut me memang sensitif.

Tengahari kelmarin, SRK sibuk nak join me memasak. Nak buat kerabu katanya. Ini bukan first time kerabu yang seumpamanya, dibuat oleh SRK. Tapi benda ni buat penyedap makan.

Bahan-bahan:

- buah tomato (clearkan bijinya & potong dadu)
- timun jepun (potong dadu)
- sotong celur (potong kecil-kecil)
- udang kering (tumbuk)
- lada hijau & cili padi (hiris nipis-nipis)
- bawang besar (hiris nipis-nipis)
- garam & gula secukup rasa
- perahan limau kasturi

Gaul semua bahan dan siap untuk dihidang.

Menu ni rasanya dah biasa orang buat kan, lebih kurang buat umai (makanan Sarawak) kan.