Posts

Showing posts from December, 2013

sayur kacang + udang

Image
Kalau beli kacang buncis, akak suka pilih yang kurus2 sikit sebab tak minat biji kacang kalau pilih yang besar. Kalau kacang yang besar tu bila kunyah, terasa sikit biji. Tak best.
Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan udang dan kacau. Masukkan kacang buncis, stok ayam dan kicap manis. Garam jangan lupa. Masak hingga 80% masak.
Sedia untuk dihidang.

zalora online revolution

Image
Satu lagi promo yang akak suka nak beritahu semua, pasal Zalora Online Revolution.
You olls jangan lepaskan peluang ini, boleh pilih mana yang suka hingga tengah malam ini.
Beli produk dengan diskaun yang hebat!

cara mudah untuk pecahkan lemak @ shaklee

Image
Lagi akak nak story about produk supplement Shaklee. Ada sapa2 yang bercadang nak pecahkan lemak dalam badan tak? Kalau ada, ni akak cadangkan makan dua jenis produk Shaklee ni, Lecithin dan Alfalfa Complex. Kedua2nya adalah untuk memecahkan lemak disamping ada lagi benefit lain, In Shaa Allah.
Dengan modal yang dalam lingkungan RM100 untuk membeli kedua2 produk ni, sangat berbaloi untuk kita laburkan demi usaha kita menjaga kesihatan diri. Kalau kita sanggup laburkan duit untuk beli baju, rokok dan sebagainya untuk memenuhi kehendak diri kita, apa salahnya laburkan sedikit setiap bulan untuk kesihatan diri.



Seharusnya dalam sehari kita kena makan enam biji Lecithin dan sepuluh biji Alfalfa tapi you olls boleh kurangkan kuantiti ikut kesesuaian pada permulaannya. Untuk makan Alfalfa tu, kalau tak sanggup nak telan sebijik gitu, boleh rendamkan dalam air dan jadikan ia minuman herba. Amalkan setiap hari.
Selain daripada pecahkan lemak dalam badan, untuk mereka yang ada mengalami sendi…

ikan patin bakar

Image
Dah nama balik kampung, mestilah wajib makan ikan patin. Sebenarnya akak tak pernah jemu makan ikan patin. Tak kisah la masak apa, goreng ke, masak gulai masam ke, masak merah ke...semua akak suka. Atas permintaan anak kecik akak, kali ni akak bakar ikan patin. 



Basuh betul2 ikan patin tu dengan air limau nipis atau limau kasturi. Rendam kejap dalam air limau biar bau tanahnya hilang. Beli ikan patin yang besar2 sikit, baru best you olls. Dah basuh bersih2 tu, taburkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Serbuk kunyit tak payah bubuh pun takpe.
Bakar dalam magic pan, of coz sebab senang dan cepat masak. Dalam 10 - 15 minit dah masak tapi kalau ikan yang besar tu kena lama sikit. Jangan lupa palingkan ikan sekali-sekala.




Lepas tu buat la air asam untuk cicah ikan patin ni. SRK yang buat air asam sebab anak2 suka SRK yang buat. Makan nasi tak hengat dah lepas tu, semuanya menambah =)).
Selamat mencuba makan ikan patin bakar ye.

tinjau banjir @ bandar ikan patin

Image
Last weekend akak sempat balik ke kampung menjenguk anak2 yang "tinggal" kat kampung. Budak2 memang suka duk kampung kalau time cuti sekolah, boleh bangun lambat kan :). Alhamdullillah perjalanan kami selamat sehingga tiba di kampung. Sepanjang LPT pun tak ada tempat yang dinaiki air melainkan jalan banyak dah berlubang.
Bila tengok wording TEMERLOH tu dah nak ampuh (tenggelam), itu tandanya air sungai Pahang dah semakin dalam dan aliran air sangat deras, seriau tengok lama2.



Akak snap foto2 ni kat kawasan berhampiran dengan Dataran Patin, pinggir sungai Pahang dan bandar Temerloh. Waktu ni dah pukul 6pm lebih, sebab tu nampak macam dah nak malam. Biasanya kat bawah tu kita boleh jalan2 melalui walkaway yang dibina tapi walkaway tu dah tenggelam terus.



Kalau la tempat melepak-lepak ni turut tenggelam, itu maknanya air sungai Pahang dah semakin dalam. Dah tak sesuai untuk pengunjung melepak-lepak kat situ. Tapi waktu ni air sungai baru nak sampai kat atas jalan.



Walaubagaiman…

masjid sg. isap, kuantan tetap utuh @ banjir di kuantan..

Image
Teruja sekejap akak dengan gambar masjid kg. sungai isap, kuantan yang tak ditenggelami air walaupun sekitarnya banjir teruk. 
Sekadar mengingati kebesaran Allah swt. Keajaiban di depan mata, tiada keraguan lagi terhadapNya. 
Moga sedara-mara dan sahabat handai akak yang memang ramai menetap di kuantan tetap tabah menghadapi musibah.
Orang temerloh, STANDBY. Air sungai dah melimpah.

teluk cempedak, kuantan @ aktiviti sehari sebelum banjir teruk

Image
Ahad lepas, akak memandu ke Kuantan untuk uruskan hal rumah sewa. Memang dari pagi lagi dah mula hujan. Tiba di Gambang terus hujan lebat. Balik dari rumah yang akak sewakan tu di Perkampungan Indera Sempurna, kami terus lalu ikut jalan Sungai Soi, nak menghala ke bandar.
Tiba2 tukar haluan terus bawa anak2 ke Teluk Cempedak (TC), tak ada plan pun. Main terjah macam tu aje sebab dah lama tak pergi TC. Anak2 pun suka kalau bawa jenjalan ni.




Kat depan restoran2 tu ada banyak gerai orang jual gifts and souvenirs, macam2 ada. Tapi kebanyakannya aksesori dan keychain la. Orang memang ramai waktu ni sebab cuaca agak baik, langit macam nak hujan tapi tak hujan. So, best la orang dapat bersiar-siar kat situ kan. We all beli keropok lekor dan satar kat Tanjung Lumpur dan bawa makan kat TC. Best juga makan sambil rasa nak melayang kena tiup dek angin yang agak kuat. 





Banyak nostalgia akak kat TC ni sebab zaman muda2 dulu memang TC la tempat paling famous nak melepak dengan kawan2. Dulu2 pantai…

wordless wed @ kuantan akan tenggelam?

Image
Kuantan akan tenggelam?
Takutnya. Mohon dijauhkan.
Harap2 Temerloh masih ok...sebab akak nak balik kampung hujung minggu ni.
Tabahkan hati, orang Pahang.

protect your heart @ shaklee omega guard

Image
Bulan Disember ni, Shaklee ada buat promosi produk Omega Guard. Omega Guard ni kalau sapa2 yang belum tau, ia adalah untuk kesihatan jantung kita, In Shaa Allah. 


Testimoni kat rumah akak sendiri, abah akak dah mengamalkan makan Omega Guard ni sejak tahun lepas lagi. Abah akak mempunyai masalah jantung bengkak, biasa la bila orang lelaki yang dah lama sangat menghisap rokok mesti ada masalah jantung dan paru2. Semasa abah menghadapi masalah jantung bengkak, abah pun tak lalu makan, badan pun makin susut. 
Sampai satu ketika, my auntie cadangkan makan Omega Guard sebagai makanan tambahan. Orang lelaki ni biasanya tak suka atau tak minat nak makan pills. Am I right? Sama la macam abah akak, kalau sebut nak pergi hospital atau nak suruh makan supplement ni, dia buat acuh tak acuh aje. At last, abah demam sampai dua minggu, tak lalu makan. Asyik baring dan tidur aje. 
My auntie (adik bongsu abah) sanggup datang daripada JB untuk pujuk dan yakinkan abah supaya cuba makan supplement. Daripa…

welcome december @ daging masak halia & kicap

Image
Sekejap aje rasanya dah masuk bulan disember. Itu maksudnya dah hampir setahun berlalu. Apa yang kita dah buat dalam masa setahun?
Tapi akak paling suka bulan disember sebab hujung bulan ni akak sambut hari lahir. Orang kata orang yang lahir bulan disember macam akak ni agak lembab sebab umur muda daripada orang2 lain. Tak tau la betul ke tak kan. Cuma waktu akak abih SPM dulu, umur akak baru mencecah 17 tahun, sedangkan orang lain dah nak masuk 18 tahun. Kalau beli insuran, untung kan :))
*****
Daging masak kicap atau daging halia, yang akak masak tu? Actually akak nak buat daging masak halia tapi budak kecik kat rumah nak daging masak kicap tapi tak berapa nak hitam. Tak ke pening ummi nya nak masak. Kalau dah bubuh kicap mestilah hitam.
Mula2 tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dihiris halus2. Dah tumis tu, terus masukkan daging dan masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk2 juga, nasib la kan. Lepas tu masukkan kicap manis, garam dan sedikit stok ayam. Masukkan…