Thursday, December 5, 2013

teluk cempedak, kuantan @ aktiviti sehari sebelum banjir teruk


Ahad lepas, akak memandu ke Kuantan untuk uruskan hal rumah sewa. Memang dari pagi lagi dah mula hujan. Tiba di Gambang terus hujan lebat. Balik dari rumah yang akak sewakan tu di Perkampungan Indera Sempurna, kami terus lalu ikut jalan Sungai Soi, nak menghala ke bandar.

Tiba2 tukar haluan terus bawa anak2 ke Teluk Cempedak (TC), tak ada plan pun. Main terjah macam tu aje sebab dah lama tak pergi TC. Anak2 pun suka kalau bawa jenjalan ni.





Kat depan restoran2 tu ada banyak gerai orang jual gifts and souvenirs, macam2 ada. Tapi kebanyakannya aksesori dan keychain la. Orang memang ramai waktu ni sebab cuaca agak baik, langit macam nak hujan tapi tak hujan. So, best la orang dapat bersiar-siar kat situ kan. We all beli keropok lekor dan satar kat Tanjung Lumpur dan bawa makan kat TC. Best juga makan sambil rasa nak melayang kena tiup dek angin yang agak kuat. 






Banyak nostalgia akak kat TC ni sebab zaman muda2 dulu memang TC la tempat paling famous nak melepak dengan kawan2. Dulu2 pantai TC tak curam sangat, sesuai sangat nak mandi-manda tapi sekarang dah semakin terhakis dan curam. Waktu kami sampai ni, ombak sangat kuat, tak boleh mandi.




Melayan karenah anak2 dara yang dua orang ni tak susah mana, janji ada duit =)). Si kakak dah jemu duduk kat rumah tapi sebenarnya sedang berdebar nak tunggu result exam PMR keluar. Akak lagi berdebar rasanya.




TC memang penuh dengan batu, sana sini ada batu yang besar2. Sebab tu TC ni tempat yang couple suka datang. Mahu tak suka kan, boleh lepak2 kat atas batu, lepas tu jenjalan...lepas tu ...bla...bla...bla....huhuhu. Sendiri mahu ingat la kan.




Kami berjalan ikut jambatan comel ni sampai ke hujung, ada tempat macam teluk sikit, terlindung dek batu2 dan bukit. Ramai orang jenjalan kat situ sampai nak menikmati keindahan pantai pun rasa kurang selesa. Amboiii....kalau suruh posing, bukan main lagi budak dua beradik ni.





Pemandangan dari jauh menghala ke pantai TC. Nampak ramai manusia lepak2 kat tepi pantai tapi tak ada yang berani mandi. Nak cari nahas la kalau mandi time ni. Tak selamat walaupun kita pandai berenang. Kita tak mampu nak melawan ombak yang ganas.




Gambar batu2 lagi ye. Ok la kan, nak menunjukkan betapa banyaknya batu kat TC ni. Kalau jalan2 kat bawah tu kena berhati2 bimbang tergelincir. Licin.





Lagi dan lagi gambar batu. Cantik kan batu2 ni, alam semulajadi memang cantik. Tapi kalau time air laut pasang, tenggelam semua batu2 ni, itu yang bahayanya.






Ini la teluk yang akak ceritakan tadi, agak landai berbanding dengan pantai kat depan restoran tu. Kat situ lebih selamat untuk mandi kalau ombak tak besar. Tempat ni agak terlindung, jadi ombaknya agak sederhana. Ramai juga orang picnic kat situ. 




Waktu untuk melangkah pulang sebab cuaca dah semakin mendung. Tambahan pula akak rushing nak balik KL pulak petang tu. Anak2 tak komplen apa2 pun, budak2 tu puas hati dapat berjalan walaupun hanya menerjah ke TC.




Singgah kat tempat pelukis potret. Awalnya mati2 akak ingat gambar Nabil Raja Lawak, pandang dari jauh kan. Bila dah dekat, rupanya gambar pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau ketika muda. Handsome juga kan Mat Kilau ni =)).

Nak suruh lukis potret, RM20 kalau lukis ikut orang sebenar. Kalau lukis ikut gambar, RM30. Gitu la adanya kan.


No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...