Tuesday, December 10, 2013

ikan patin bakar


Dah nama balik kampung, mestilah wajib makan ikan patin. Sebenarnya akak tak pernah jemu makan ikan patin. Tak kisah la masak apa, goreng ke, masak gulai masam ke, masak merah ke...semua akak suka. Atas permintaan anak kecik akak, kali ni akak bakar ikan patin. 




Basuh betul2 ikan patin tu dengan air limau nipis atau limau kasturi. Rendam kejap dalam air limau biar bau tanahnya hilang. Beli ikan patin yang besar2 sikit, baru best you olls. Dah basuh bersih2 tu, taburkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Serbuk kunyit tak payah bubuh pun takpe.

Bakar dalam magic pan, of coz sebab senang dan cepat masak. Dalam 10 - 15 minit dah masak tapi kalau ikan yang besar tu kena lama sikit. Jangan lupa palingkan ikan sekali-sekala.





Lepas tu buat la air asam untuk cicah ikan patin ni. SRK yang buat air asam sebab anak2 suka SRK yang buat. Makan nasi tak hengat dah lepas tu, semuanya menambah =)).

Selamat mencuba makan ikan patin bakar ye.


ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...