Monday, December 9, 2013

tinjau banjir @ bandar ikan patin





Last weekend akak sempat balik ke kampung menjenguk anak2 yang "tinggal" kat kampung. Budak2 memang suka duk kampung kalau time cuti sekolah, boleh bangun lambat kan :). Alhamdullillah perjalanan kami selamat sehingga tiba di kampung. Sepanjang LPT pun tak ada tempat yang dinaiki air melainkan jalan banyak dah berlubang.

Bila tengok wording TEMERLOH tu dah nak ampuh (tenggelam), itu tandanya air sungai Pahang dah semakin dalam dan aliran air sangat deras, seriau tengok lama2.




Akak snap foto2 ni kat kawasan berhampiran dengan Dataran Patin, pinggir sungai Pahang dan bandar Temerloh. Waktu ni dah pukul 6pm lebih, sebab tu nampak macam dah nak malam. Biasanya kat bawah tu kita boleh jalan2 melalui walkaway yang dibina tapi walkaway tu dah tenggelam terus.




Kalau la tempat melepak-lepak ni turut tenggelam, itu maknanya air sungai Pahang dah semakin dalam. Dah tak sesuai untuk pengunjung melepak-lepak kat situ. Tapi waktu ni air sungai baru nak sampai kat atas jalan.




Walaubagaimanapun di sebelah sana tu, air sungai dah pun melimpah ke atas jalan. Biasanya tempat ni tempat kenderaan lalu-lalang. Nampak ada beberapa orang duk meredah main air.




By the time akak nak balik KL semula, akak sempat meronda sekali lagi. Alhamdullillah air semakin surut walaupun belum lagi balik seperti normal.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...