Wednesday, April 15, 2015

teh tarik place @ jalan pahang


First time akak diperkenalkan dengan Restoran Teh Tarik Place ni ialah masa akak duduk Bandar Puteri Puchong dulu. Ada satu branch dia kat IOI Mall. So bila jalan2 + shopping2 kat IOI Mall, time nak makan mesti pergi Teh Tarik Place. Selain daripada teh tarik dia yang memang marbeles dan interior design yang menarik, tempat tu juga ada menyediakan ruang makan terbuka yang mengadap tasik, khas untuk orang2 yang suka merokok sambil minum atau selepas makan. Of coz SRK suka pergi situ, senang dia nak mengabihkan makanan cap dunhill dia tu.

Then, anak sedara kawan akak pun ada buka satu cawangan Teh Tarik Place kat Paradigm Mall. Akak dan famili pun dah beberapa kali makan kat situ tapi ruangnya smaller than yang kat IOI Mall tu. Rasa makanan lebih kurang sama tapi rasa teh tarik tetap sama 99%.

Pernah juga makan kat Teh Tarik Place kat Empire Shopping Gallery kat Subang Jaya. Yang jadi ke situ sebab dulu akak duk ulang-alik ke Shaklee HQ kat sebelah tu. Pun rasa teh tarik yang 99% sama.





Well..punya la koman akak ni baru tau Teh Tarik Place ada branch kat Jalan Pahang. Baru2 ni tertengok sorang kawan yang upload status fb, tengah mengeteh kat situ. Owh...rupanya ada juga branch berdekatan dengan rumah akak. Terkini ada juga branch baru buka kat Quill City Mall. Ok2..tak jauh la kalau nak mengeteh.





One thing yang akak suka about Teh Tarik Place ni ialah penggunaan kerusi dan meja kayu yang agak berbeza daripada tempat2 lain. Selesa untuk melepak2 kat situ, samada dengan kawan2 ataupun famili. Boleh pilih nak duduk kat tempat yang ada aircond ataupun tak.





Rasanya Teh Tarik Place dah meluaskan lagi skop menu derang. Now macam2 boleh makan kat situ. Sapa yang teringin nak makan laksa ikan sekoq, boleh pergi situ. Memang uolls akan jumpa sekoq ikan dalam mangkuk laksa. Nasi kerabu dia pun not bad, SRK suka. Roti canai, roti bakar dan macam2 jenis roti lagi tu...memang ada la kat situ.

Ni cerita pasal Teh Tarik Place, Jalan Pahang sebab petang semalam dah tersampai kat situ dengan kawan akak. Kedainya betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke HKL. Tak susah nak cari.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...