Thursday, March 14, 2013

lempeng kampung


At last lega saluran paip kat rumah yang dah 3-4 tersumbat telah dibaiki. Susahnya kalau duduk kat apartment ni, sekali kita pergi buat aduan kerosakan, derang banyak berdolak-dalih. Katanya tak boleh buat kalau kerosakan tu berlaku dalam rumah. Belum tengok lagi dah cakap gitu kan.

Belum tengok lagi, awal2 dah suruh SRK buka saluran paip yang orang pasang kat siling tu. Kena sebijik dengan SRK.."Aiyaaa....we all stay kat ground floor la...Mau buka paip dalam lantai ke?" That's why sebelum cakap kena tengok dulu kan.

Akhirnya....lega sangat akak sebab semuanya dah selesai. Aktiviti memasak boleh la diteruskan tanpa prejudis. Dah naik muscle lengan ni sebab setiap hari duk angkut air basuhan dalam baldi. Yela..tadah dengan baldi aje....sebab saluran paip sebelah bawah dah sumbat. Patut la sumbat, ada batu-batan kat dalam saluran paip tu, entah datang dari mana. Allahualam.





So after lebih kurang two weeks asyik balik malam aje, semalam lega sesangat sebab jam 6.10pm akak dah sampai rumah. Tengok anak kecik still tengah tidur kat sofa. No wonder akak called dia tak jawab. Risau betul. Budak kecik ni bangun aje terus mengadu lapar. So, first round untuk alas perut dia, akak buat lempeng.

Kacau tepung gandum, garam dan telur sampai sebati dan terus aje masak atas ceper. Sementara tu, masak sambal tumis ikan bilis untuk dicecah dengan lempeng tadi. Siap untuk dimakan.

For dinner, we all cuma makan roti sardin special tapi tak sempat la pulak nak snap foto, pinggan dah licin.

=))




Have fun.

2 comments:

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...