Tuesday, May 5, 2015

lempeng kampung



Entri selepas cuti empat hari. Mood cuti memang ada lagi tapi apa kan daya. Seronok eh dapat cuti lama kan, boleh manja2 kan diri, boleh balik kampung jumpa mak abah dan sedara-mara (sebab banyak kenduri kawen, aqiqah dsb.). Syok uolls.

Akak malas nak hadap trafik yang sentiasa sesak kat karak hihgway, pantang ada cuti sikit. Even during weekend pun sesak juga kekadang. So..relax2 dulu kat rumah, settle kan apa yang patut dulu, baru balik kampung.





SRK yang ajar akak makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau dulu2 buat lempeng manis dan makan gitu je, tak ada nak cicah dengan apa pun. Sambil tengok tv, makan lempeng manis. Nikmat.

Tapi sekarang anak2 pun dah tak nak makan lempeng manis, nak lempeng  cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau abah yang masak, lagi best kata anak2. Okay je. Tapi yang ini versi ummi, ok. Selalu buat lempeng untuk minum petang tapi sebab tak apa nak masak untuk breakfast, melainkan ada saki baki tepung gandum, maka jadi la lempeng ni. Cincai je la makan untuk breakfast kan. Ala2 kampung gitu.

Mudah sangat buat breakfast lempeng ni, kalau ada orang bujang yang tak reti dah nak masak apa, bancuh la tepung gandum + telur + air untuk dijadikan lempeng ni. Dah kacau molek, panaskan ceper (kuali leper) untuk proses memasak. My fren guna magic pan untuk masak lempeng, elok je jadinya.

Nak buat sambal tumis ikan bilis pun tak susah mana. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili boh sampai garing sikit. Masukkan ikan bilis (akak suka guna ikan bilis halus sebab malas nak buang isi perut dia...), air asam jawa, gula, garam. Ada yang suka goreng dulu ikan bilis tu, its ok, boleh juga. Dah masak dan sebati semua, rasa la masin dan manisnya. 

Siap breakfast.



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...