Thursday, January 26, 2017

my other girl







Ini kakak kepada anak dara yang suka berkayak tu. Orang kata dalam ramai2 anak, mesti perangai berbeza2. Walaupun akak cuma ada tiga orang anak (sorang dah simpan) tapi macam jaga dua belas orang anak. Patut la Tuhan kurniakan anak seramai ni je. Anak dara yang ini selepas jadi penganggur terhormat kurang lebih setahun, kurang lebih setahun duk ternak body, at last dapat jugek menjejaki kaki ke menara gading. Itu pun selepas "berhempas-pulas" umminya apply sana sini dengan pelbagai pilihan course yang dirasakan menepati kehendak market masa kini. Ewah.

Untung budak2 zaman sekarang ni, nak masuk U, parents yang tolong apply, parents yang tolong mintak cop, parents yang fikirkan course mana yang nak ambik. Berbanding dengan zaman akak dulu, dah la tak ada internet, tak ada media sosial macam sekarang, nak berhubung dengan kawan2 tu cuma guna telefon rumah yang besar gedabak tu ataupun guna public phone yang kadang2 rosak jek memanjang. Nak apply masuk U cuma guna borang manual, parents tanya kabar sikit2 je. Punya la independent kan. Budak2 sekarang goyang kaki, semua dah dibuat oleh parents. Then bila dah berada kat U, mula2 terkial2 nak belajar jadi independent. Tapi tak semua la kan.







Sama la macam anak bertuah ni. Manja tak hengat, sentap pun tak hengat. Too sensitive but very kind, actually. Akak ikutkan aje mood dia tapi kalau lebih2, akak pulak yang terbakar...hehe =). Am I too firm? Tak la...eh...betul kot, lembut (???) tapi tegas dengan anak2. 

Actually, I am happy sebab this girl nak balik, cuti seminggu sempena CNY. Alhamdullillah dia dah dapat menyesuaikan diri dengan dunia U yang serba mencabar, serba cepat dan serba canggih ni. Dia dah mula excited dengan course yang bukan pilihan dia mulanya. Now dah syok sebab ada macam2 subjek yang baharu dan boleh explore more than she expected. Dapat pulak roomates yang baik.

By the way, akak tak pulak tau yang sekarang ni universiti yang itu (yang yurannya lebih murah daripada universiti2 yang lain) tidak lagi menyediakan food untuk studentsnya. Students kena survive makan sendiri. Is that true? Zaman akak dulu semuanya free, kita turun ke dewan makan jek. And I cannot imagine macamana parents yang kurang berkemampuan nak bagi belanja kat anak2 ni. Through my own experience dalam tempoh kurang lebih tiga bulan ni, duit makan saja mesti RM100 per week.

Owh...PTPTN kan...okay2.






One thing yang untung about this girl ialah...akak dan dia boleh share baju kurung. I can wear hers and she can wear mine. Best jugek kan. So, ada la beberapa pasang baju kurung akak yang dah dikebasnya. Demi anak kan...it's okay, ummi boleh beli baju baharu! Sempat la jugek kami shopping online sama2, pilih baju kurung cotton (jek), selesa katanya nak pakai ulang-alik ke kuliah. Akak pun selesa nak ulang-alik ke ofic. Actually I do love cottons.

Sempat jugek beli borong tudung bawal creepe dekat sedozen, ikut color dia nak, match dengan color baju. Beli banyak2 dapat diskaun banyak. Tu la sebab nak maintain dua orang anak dara macam tak semudah yang disangka. Untung kan...budak2 zaman sekarang. Akak dulu pakai tudung color hitam jek. Balik2 pakai yang tu, tak nampak kotor pun...hahaha. Baju kurung pun ada empat pasang jek, nasib la. Selebihnya pakai kain hitam dan blaus panjang. No wonder zaman belajar dulu, saham akak tak tinggi. Buruk rupanya =)

Well. can't wait for this girl. Miss her very much. 

All the pics, akak kidnapped daripada IG dia.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...