Wednesday, January 25, 2017

Malaysia Canoe Polo Selection









Last weekend, my daughter ke Muar untuk pemilihan atlit canoe polo peringkat kebangsaan. 3-4 hari sebelum hari pemilihan, budak ni dah nervous lain macam + dengan perasaan yang teramat excited sebab berada dalam senarai pendek atlit2 kayak yang layak untuk dibuat pemilihan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Kalau dia teramat excited, akak teramat bangga dengan pencapaian dia setakat ni. Berbaloi la usaha dan komitmen yang dia berikan selama ni..kan.  Lagipun, she is only 15 years old.

1st selection buat kat Muar selama 2 hari, termasuk fitness test. Fitness test ni ialah larian pantas dalam jarak dan masa yang ditetapkan. Untuk 1st. selection yang ini, alhamdullillah dapat ranking ke-4 daripada 12 atlit. Nanti dalam bulan April akan ada second selection untuk pilih the best 10 atlit yang boleh mewakili Malaysia. Hopefully nama dia ada dalam senarai yang layak.

Meanwhile, six month before the competition, dah tak boleh makan supplements. Actually akak bagi makan vit C untuk anak dan nanti kena stop makan supplement yang kita rasakan okay untuk makan tapi sebenarnya bagi efek kepada urine test nanti. Tak nak jadi macam Dato Lee Chong Wei yang didapati mengambil steroid sedangkan sebenarnya efek daripada supplements yang dimakan sekian lama. Bila jadi macam ni, automatic atlit will be disqualified.








Same goes to ahli2 gym yang tetiba dalam jangkamasa singkat, muscle lengan naik mendadak. Tetiba jadi sado dalam masa beberapa bulan. Ni semua efek daripada instant protein yang diaorang ambil. So nak kena elak benda2 ni semua. Kena kurangkan atau elak minum ais untuk kekalkan stamina. Memang frust kan bila dah berbulan-bulan even bertahun training dan aim untuk masuk international competition, tetiba disqualified disebabkan kandungan steroid yang didapatkan daripada supplements yang dimakan.

Akak, sebagai ummi, sentiasa berharap dan berdoa yang baik2 untuk anak2. Sentiasa elakkan daripada mengeluarkan perkataan2 yang tak elok dan tak baik kepada anak2. Never. Hopefully impian dan cita2 anak ni tercapai. Cuma ummi dah macam terkejut sebab tetiba budak ni request nak beli canoe dan paddle sendiri. Bukan murahhhh.....mati la makkk!!

:))



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...