Thursday, May 5, 2016

dinner 04.05.2016








Dua tiga hari ni request kat SRK, teringin nak makan singgang ikan selayang yang dia masak. Nak bermanja gitu..kan. Tapi dinner malam tadi baru dapat makan. Alamak..stok bawang merah dah abih pulak, so SRK masak singgang ikan tanpa bawang merah. Sedap jek. Ini namanya dinner yang simple sangat tapi "happening". Ada singgang ikan, ikan goreng, daging black pepper dan sambal belacan + tomato. Heaven kan makan nasi macam ni.

Oppps...kalau SRK yang masak memang tak nampak sayur, dia kurang minat makan sayur. Mangkuk sambal belacan tu...tengok la...kus semangat...comot. But it's ok sebab dia yang masak dan akak tukang makan jek.

Balik dari gym memang penat + lapar. Cabaran sungguh sebab lepas buat workout mesti lapar punya. Kena kuatkan iman. Kalau tak kuat, mahu akak hadap roti canai banjir dulu sebelum balik rumah.  Tapi sama jugek, balik rumah...dinner sama2 dengan SRK dan anak dara, portion nasi tak nak kurangkan pun =)

Pernah tanya kat SRK, few times jugek la tanya, "kenapa abang rajin sangat memasak, tak payah suruh?"

Okay...akak setuju dengan jawapan SRK.."abang tau intan penat bila hari kerja macam ni.." Sebab tu weekend SRK tak pernah / jarang nak memasak. Alhamdullillah, toleransi tu amat penting dalam hidup berumahtangga ni. Sedap atau tak dia masak, tu akak tolak tepi jek.






No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...