Dah puas makan ayam, beli pulak ikan siakap. RM9.00 ++ seekor, akak beli kat Jaya Jusco IOI Mall. Janji mata ikan tak nampak macam baru bangun tidur. Mula2 cadang nak masak stim limau tapi macam dah bosan dengan stim limau. Jadi, rakyat kat rumah setuju masak berlada.
Kali ni akak guna cili giling brand Adabi, first time guna. Selalu beli cili giling yang paket merah tu aje. Nak try yang Adabi pulak. Agak pedas berbanding dengan cili giling yang akak guna sebelum ni.
Tumiskan aje semua bahan2 asas tu sampai garing dan masak, masukkan capsicum, sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan sedikit gula untuk meneutralkan rasa sos tiram. Jangan lupa goreng dulu ikan siakap tu ye.
IOI Mall?? dekat rumah saya ler tu...
ReplyDelete