Friday, May 17, 2013

stew ayam & sayur goreng : si kecik yang masak


Kadang2 kan kalau dah hampir setiap hari sampai kat rumah dah malam. Penat tu jangan cerita la, penat dengan kesesakan lalulintas dah satu hal lagi. Sakit2 badan dibuatnya, maklum la dah masuk umur midi macam ni, of coz la energy dah tak sama macam 10 tahun dulu. 

Anak kecik akak pulak memang jenis yang ringan tulang dan suka explore benda2 baru. Selain daripada itu juga, budak kecik ni pun suka memasak...I mean suka menyibuk kat dapur. Hasil daripada sikap dia yang suka menyibuk kat dapur tu la, dia dah semakin pandai memasak. Masak nasi goreng dah pandai, masak sayur goreng dah biasa, goreng2 ikan atau ayam tu dia memang pandai tapi takut minyak terpercik kat muka atau tangan aje. Alhamdullillah, seawal umur 11 tahun, dia dah boleh memasak yang simple2.

Kalau setakat nak masak burger atau sosej kat rumah, itu dah tak payah akak nak ajar. Akak cuma perlu monitor dia guna dapur gas aje. Selebihnya dia reti buat sendiri.






Menu 1:  Dia masak stew ayam, akak bagi panduan sediakan bahan2 asas dan kaedah menumis dan bla...bla...bla... Jadi ini la hasilnya. 






Menu 2 :   Dia masak sayur goreng. Yang ada dalam ice box cuma sayur kobis dan timun. Baik masak sayur kobis kan, sedap sikit. Tengok tu, siap ada udang. Udang pun dia siang cantik2 gitu, nenek dia yang ajar hari tu. Masak sayur goreng ni pun akak cuma bagitau bahan2 asas dan kaedah menumis....monitor sambil tengok TV. Hasilnya macam dalam foto tu la.

Jadi....didik la anak2 dara even anak2 bujang memasak. Biar derang menyibuk kat dapur takpe. Biar derang tau macamana rupa periuk belanga dan bahan2 memasak kat dapur tu.

Selamat mendidik!   =))








No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...