You olls pernah pergi hutan lipur sungai tua? Selama akak bermastautin kat hutan batu ni, inilah kali pertama menjejak kaki kat situ. Itupun SRK yang bagitau ada tempat rekreasi yang tak kurang menariknya kat situ. Kebetulan kami menerjah ke Ulu Yam atas urusan keluarga, dalam perjalanan balik, singgah kat situ. Tak rancang elok pun.
Ada jambatan gantung nak menghala ke ruang persalinan pakaian. Sesiapa nak merasa naik atas jambatan gantung, bolehlah berkunjung ke situ.
SRK dan si kecik tu dah dapat "port" untuk mandi sebab agak ramai orang waktu petang gitu. Ada yang siap berkhemah daripada pagi lagi.
Air sungainya tak berapa jernih tapi agak deras dan sangat sejuk. Kalau bawa anak2 kecil, orang dewasa memang kena pantau sepanjang masa sebab ada tempat yang agak dalam dan punya air yang deras. Akak pun tak terkawal badan bila duduk kat tengah2 sungai....macam nak hanyut aje.
Papan2 tanda peringatan kepada pengunjung ada diletakkan di kawasan rekreasi ini, even masa kita nak masuk ke kawasan ni pun kena daftar dulu di pondok pengawal. Dah nyata kat situ, semua aktiviti yang dijalankan dalam kawasan hutan lipur sungai tua adalah di atas risiko sendiri dan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Pokok2 kayu di kawasan ini nampaknya dipelihara dengan baik, kebanyakan pokok yang besar ada digantung namanya sendiri. Sambil kita berehat2 kat situ, boleh juga kenal jenis pokok2 kayu kan.
Banyak batu2 dan dahan2 pokok yang jatuh ke dalam sungai ni, jadi bila kita mandi kena berhati2 sikit. Carilah tempat yang sesuai untuk mandi-manda bersama keluarga supaya lebih privacy.
Akak tak lama berendam dalam sungai sebab tak tahan dengan airnya yang sejuk sangat, terasa hingga ke tulang. Tumpang seronok tengok si kecik dan SRK berendam dalam sungai.
Ada sebatang pokok yang tumbang merentangi sungai, boleh dijadikan titi untuk menyeberang sungai tapi kena hati2 juga. Jambatan gantung boleh nampak dari tempat kami melepak...
Suka tengok keindahan kawasan ini, rasa nyaman dan tenang sebab kita dah terbiasa dengan kesesakan dan hiruk-pikuk kota. Bila sampai kat sini macam best sangat, hilang tension =)).
Memang agak ramai pengunjung pada waktu ini dan boleh pilih mana2 tempat masuk yang kita suka. Tempat letak kereta pun banyak, jadi tak perlu berebut.
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada hutan lipur sungai tua. Ada kelapangan, Insha Allah kami berkunjung lagi ke situ.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...