Malam ketiga di JB, ada seorang sahabat bawa akak makan di Restoran Remaja Classic, JB. Lokasi restoran ni mudah aje, sebelah kedai used car, berdekatan dengan Plaza Angsana.
Teringin nak makan mushroom soup, so akak dapat la makan malam tu. Tak makan dengan garlic bread atau spesies roti lain pun, akak cuma nak soup.
One of my friends pulak teringin nak makan kentang goreng, mana tau kentang goreng kat JB lain rasanya kan =)).
Oleh kerana terasa tempiasnya angin Singapore, so akak makan kueteaw Singapore. Dah agak mesti warnanya pucat, macam kita masak meehoon Singapore la kan. Ada udang dan telur. Kerang memang tak ada dalam kueteow Singapore ni tapi rasanya still mengancam.
Sahabat akak pulak makan char kueteaw versi Restoran Remaja Classic, nampak menyelerakan. Ada sedikit taburan telur goreng di atasnya dan of coz ada kerang =)).
Restoran ni memang berbeza sikit, mungkin sebab hiasan dalaman dan tarikannya yang tersendiri. Nasib baik nama restoran ni "remaja klasik"....so akak tak la segan nak masuk kan...maklum la dah masuk kategori remaja klasik =)).
Entrance yang memukau dengan pintu kayu berukir, you olls boleh teka berapa harga pintu kayu tu? Sebelum pintu masuk tu pun dah ada tempat makan yang dihias khas untuk mereka yang gemarkan makan konsep open air.
Hiasan dalaman pun memukau mata akak sebab tuan kedai ni guna meja dan kerusi kayu yang disusun teratur dan kemas. Penggunaan langsir yang match dengan frem tingkap dan ada satu hiasan kraftangan digantung di bahagian siling sebagai tempat lampu. Menarik kan.
You olls kena terjah tempat kalau dah sampai berdekatan dengan Plaza Angsana.
perghhhhh CKT dia mengancam... erm nak kena terjah kalu balik kampung lalu JB nieh..... hehe
ReplyDeleteAik...org jhr pun blum smp ctu ke? Hehe
Delete