Friday, April 19, 2013

air asia @ pakcik lapar


Separuh daripada minggu ni, akak 'mengembara' ke negeri Kedah, termasuk la Langkawi. Booked flight dari KL ke Alor Setar, pepagi lagi lepas subuh dah tercegat kat LCCT. Oleh kerana booked flight guna waran ofis, so penerbangan akak termasuk sarapan, tak perlu nak beli2 kat atas kapalterbang kan.

Standard la kan sarapan yang disediakan oleh Air Asia ni kan, akak rasa dah macam nak terbang ke Dhaka aje sebab pagi2 buta disajikan dengan nasi beriani yang masih panas + snack box yang mengandungi mineral water, coklat kit-kat dan kacang. Perut ni tak boleh nak terima nasi beriani pagi2 buta, so sampai Alor Setar, akak bagi nasi beriani tu kat kawan. Settled.




Itu hal flight ke Alor Setar, flight balik akak dari Langkawi ke KL, jam 8.20 malam. Time orang nak dinner kan. As before, dinner akak adalah nasi beriani. LAGI. Nombor seat akak, 2A. Bila naik kapalterbang, tengok2 kat seat 2C dah ada sorang lelaki pertengahan umur tengah kusyuk baca novel orang putih. Punya kusyuk baca novel yang dia pinjam dari library jabatan dia (akak nampak cop jabatan kat tepi novel..hehe), sampai bila akak cakap "tumpang lalu, encik...", dia buat tak tau aje. Kali kedua cakap baru dia dengar.

Kat seat 2B, takde sapa duduk....so selesa sikit. Bila dah ada kat udara, pramugara pun sibuk datang nak serve makanan. Yang pakcik sebelah akak ni terus tunjuk boarding pass dia pada pramugara dan pramugara pun terus bagi dia nasi beriani dan snack box. Tanpa melengah masa, pakcik terus buka nasi beriani tanpa berlengah, mungkin betul dia tengah lapar sangat.

Sebenarnya pakcik punya dinner cuma snack box + mee segera. Food yang pakcik makan tu akak punya tapi pakcik macam tak peduli atau buat tak ingat yang dia cuma ordered mee segera. Pakcik terus habiskan nasi beriani, makan kacang dan coklat kit-kat tanpa tangguh. Memang pakcik lapar sangat gayanya. Beriya pulak pramugara tu mohon maaf kat akak sebab tersilap bagi food. But it's ok, small matter.

Mungkin kekalutan pramugara2 tu nak serve makanan, nak jual produk lagi menyebabkan kesilapan berlaku.

2 comments:

  1. Tak aperlah intan rezeki dia.

    Akak tak pernah naik Air Asia. Tambah pulak sekarang dah tak kerja, dulu masa kerja, ofis selalu ambik MAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak Ani, rezeki dia :)
      Sekrg ni ofis dah "miskin"...kena amik tambang murah :D

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...