Monday, April 1, 2013

simple dinner @ restoran pandan, bandar puteri





Petang semalam akak bertolak dari bandar ikan patin jam 3 petang. Memang cadang nak balik awal sikit sebab biasanya kalau hari Ahad gitu memang sahih trafik sesak. Kononnya la kan nak elak sesak, padahal mana tau semua orang fikir nak balik awal...huhu.

Apa tidaknya, bermula dari plaza tol Bentong sampai la selepas terowong Genting Sempah, akak cuma boleh speed 30km/sejam. Sesak! Bila dah sesak, banyak la kereta dan lori tersadai kat tepi jalan, semua angkat bonet kan...Alhamdullillah kereta akak tak meragam setakat ni. Well, jam 6.30pm baru menjejak kaki kat Puchong.

Badan dah letih, so mood nak memasak memang tak ada... =)). Nasib la SRK memahami bahawa kami perlu dinner kat luar aje. So, terjah aje kat Restoran Pandan, Bandar Puteri, berhampiran dengan ofis SRK. Pendek kata itu memang tempat makan dia. Akak makan kueteaw sup aje sebab rasa macam tak selera nak makan nasi.





My daughter's ever favourite drink, epal asam boi. Akak pulak just minum fresh orange kurang manis. SRK setia betul dengan teh ais dia tu.





Budak kecik ni makan kueteaw goreng, actually ni pun favourite akak. Kesian tengok matanya bengkak sebelah. Entah kena gigit apa, bangun tidur aje tengok2 dah bengkak.



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...