Friday, March 29, 2013

the face shop




Sejak umur akak dah masuk umur midi gini, rasanya semakin perlu akak nak menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Biar diri tak cantik pun tapi pastikan kita sihat. Bila sihat, automatik kita akan nampak cantik. Tak gitu?

Akak kerja dalam persekitaran yang sejuk, kadang2 sejuk giler...bukan kerja kat oversea pun tapi sejuknya memang mencengkam kulit. Agaknya aircond kat ofis akak ni macam dah weng sikit. Dah sejuk2 gitu setiap hari, kulit pun macam kering. Kena rajin la jaga muka. 

Setiap hari akak memandu kereta pergi dan balik dari ofis, semakin kerap kita terkena sinaran cahaya matahari, maka semakin berpotensi la jeragat nak melepak kat muka kita. So, jangan lupa pakai uv protection. Macam2 jenis ada jual kat watsons, guardian dan tempat2 lain tu. Sekarang ni kan popular dengan bb cream, akak suka pakai bb cream fresh by maybelline. Macam dah serasi dengan kulit. Nak pakai yang branded dan expensive, up to you all la kan.

T-zone kat muka akak memang cepat berminyak. Kadang2 pepagi memandu ke ofis selama dekat satu jam (about 30km), sampai kat ofis dah berminyak. Kat atas hidung ni selalu aje ada blackhead, apatah lagi whitehead. So, akak selalu tepek white mud nose pack yang akak beli kat The Face Shop. Kalau terjumpa faceshop ni kat mana2, ringan2 kan la diri singgah kat situ. Macam2 ada untuk muka kita.

Tepek white mud ni kat seluruh kawasan atas hidung dan biarkan selama 15 - 20 minit. Bila  white mud ni dah kering atas hidung, kita akan rasa tegang kat hidung. Then boleh la tanggalkan white mud ni perlahan-lahan, kita boleh tengok dengan blackhead nya tanggal sekali. Cuci muka dengan air bersih dan sapukan pelembap kat atas hidung. In Shaa Allah hidung kita akan nampak berseri2 dan bersih.

4 comments:

  1. akak, nak pesan beli bleh? harga berapa?
    heheheh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum / Hai,
    Ingin cantik & sihat macam Hanez Suraya ? Dapatkan AuraWhite dengan : RM 150 + FREE SHAKER + FREE 3D WHITENING MASK + *FREE GIFT SET(boleh pilih set) + FREE POS .
    SET A : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + GOLD LIP MASK
    SET B : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
    SET C : GOLD LIP MASK + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
    UPDATED di : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/demam-aura-white-harga-promosi-cepat.html
    sila lawati link y telah diberi
    terima kasih
    ----------------------------------------
    Makan apa-apa supplement akan lebih berkesan bila usus/ kolon kite bersih
    Guna lah Solid Fiber + Vit C untuk menguruskan, dan mencantikkan kulit dengan berkesan.
    Macam2 manfaat di : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/cantik-dan-sihat-bersama-solid-fiber.html
    sila lawati link y telah diberi
    terima kasih

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...