Jarang2 akak stay kat Ipoh, kalau ke Perak biasanya stay kat Kuala Kangsar tapi sebab kali ni banyak kerja nak selaraskan di sekitar Ipoh, maka stay la aje kat Ipoh. To me, Ipoh is better than Alor Setar dari aspek kemeriahan bandarnya pada waktu malam. Mana tidaknya kan, pub dan lounge merata2. Kat Ipoh, akak menginap kat Hotel Seri Malaysia, itu yang ditempah oleh kawan.
Sebelum bergerak ke Ipoh lagi, akak dah tanya Mr.Google tentang hotel ni sebab banyak pengalaman yang kurang manis semasa menginap di hotel seumpamanya. Tengok foto2 hotel kat internet memang menyejukkan hati =)). Tapi mungkin tipah tertipu kan.
Akak diberikan bilik family, ada dua katil double. Suka hati akak la kan nak golek ke sana ke mari. Janji jangan sampai katil roboh kan. Cuma agak membazir sebab akak cuma stay sorang aje.
Compare dengan Seri Malaysia, JB,, this one is better. Tapi still guna TV gemuk, telefon dalam bilik pun rosak dan water pressure yang rendah. Jenuh sikit la kalau waktu nak mandi dan seumpamanya.
Walaupun guna TV gemuk lagi tapi nasib baik ada channel 104, cinemax dan fox sport. Ada la juga pilihan nak tengok. Peti ais mini pun ada walaupun plugnya dah rosak.
Kerusi rehat ni pun disediakan, mungkin untuk bilik family aje kot. Tak pasti tapi akak tak guna pun kerusi ni.
Yang bestnya, walaupun bilik ni menggunakan sistem kunci untuk hidupkan lampu dan pendingin hawa tapi rasanya benda tu dah tak well functional. Akak boleh bawa kunci keluar dan lampu masih tetap menyala =)).
Lokasi hotel ni berdekatan dengan KPJ, Ipoh.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...