Salam hari Jumaat, sebenarnya akak baru balik dari mengembara ke negeri Perak pulak. Macam dah kalah orang nak berkempen kan tapi ikut aje la arahan bos.
Dapur kat rumah sejak akhir2 ni dah tak berasap. SRK suka bawa anak kecik dia makan kat luar kalau akak outstation, budak tu memang suka sangat la. Lewat petang semalam akak bergerak dari Kg. Gajah, Perak ke KL dengan penuh dugaan. Hujan lebat dan angin kencang buat kami sangat berhati-hati semasa perjalanan.
Sebenarnya ini kali pertama akak menerjah ke Kg. Gajah, I thot kat situ banyak gajah kot. Mungkin juga kat situ kawasan panas sempena PRU ni sebab banyak sangat program politik dibuat kat situ. Pening kepala tengok banyak sangat bunting dan bendera.
Dalam perjalanan....air sungai berdekatan naik dengan cepat dan terus mengalir ke parit2 kat tepi jalan tapi setakat mana parit tu nak tampung air yang banyak. Jalanraya mula dinaiki air, memang cepat air naik.
Ingatkan hanya satu tempat aje yang dinaiki air tapi lepas satu tempat, ada lagi satu tempat. Lepas tu ada lagi satu tempat juga dinaiki air. Kenderaan dua2 hala mula berhenti, bimbang dengan keadaan.
Pada mulanya akak fikir ada kemalangan, maklum la kalau waktu hujan memang biasa ada kemalangan. Sebabnya kenderaan dah bersusun hingga 1km...lebih kot. Rupa2nya jalanraya dinaiki air.
Nasib baik kami boleh redah air perlahan-lahan berbanding dengan kereta2 kecil. Keadaan macam ni memang membimbangkan sebab kita tak tahu ada lubang ke longkang ke kat tepi2 jalan ni. Air pula mengalir deras kat atas jalanraya. Sungguh mencabar kesabaran kami. Mujur kami bergerak dari Kg. Gajah sebelum malam.
Walau apapun, macamana dengan banjir di KL? Macam2 foto diupload kat FB. Macam2 hal kan. Harap you olls sabar ye dengan setiap dugaan.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...