Bukan senang juga ye nak mendengar ceramah perniagaan daripada jutawan internet yang sorang ni, Irfan Khairi. So bila ada peluang keemasan, tak perlu nak bayar apa2 fee, inilah masanya akak nak sertai program yang macam ni. Dan ini actually happened last Thursday.
Memang ramai betul menunggu ketibaan jutawan muda yang smart dan handsome ni. Semuanya kerana nak dengar dia berkongsi tips perniagaan internet. Ternyata dia memang tak lokek nak berkongsi ilmu.
Akak tengok dari tingkat atas aje tapi still boleh tengok dan dengar dengan jelas. Siapa yang tak tahu, jutawan muda ini pernah membuat pelbagai kerja untuk menampung dia menyertai seminar2 perniagaan.
Datang dengan dressing yang simple dan rugged, Irfan memang bersahaja menyampaikan ceramah beliau. Dia bercakap macam tak ada fullstop! =))
Pengalaman beliau menapak dalam perniagaan internet dikongsi satu persatu. Nampak ramai penonton yang menulis sesuatu setiap kali jutawan muda ini memberikan tips.
Antara tips perniagaan yang sempat dikongsi beliau:
1) Cari kekuatan diri anda.
2) Lakukan sesuatu yang agak berbeza dengan orang lain.
3) Apa ilmu / kepakaran yang anda miliki?
4) Lihat semula latarbelakang pendidikan anda.
5) Cuba fikirkan, apakah perniagaan yang minat untuk anda cuba.
Jawapan kepada soalan2 di atas boleh dijadikan idea permulaan untuk anda mulakan perniagaan internet.
Minat sahaja untuk buat bisnes tidak mencukupi, mesti pastikan perniagaan yang dibuat ada permintaannya.
Laman web / blog bisnes anda perlu mempunyai banyak informasi produk yang dijual, dengan cara ini mudah untuk mendapat carian di google dan sebagainya. Laman web yang kurang mempunyai informasi agak sukar untuk mendapat ranking tertinggi di internet.
Yang lebih penting, tingkatkan kepercayaan pengguna dengan meletakkan banyak benefit apabila menggunakan / membeli produk anda.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...