Saturday, April 21, 2012

8 kaedah jana pendapatan sampingan



..sharing is caring...kita boleh cuba mana yang patut...
Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai berlumba-lumba untuk menambahkan lagi sumber pendapatan mereka, nak pulak untuk mereka yang bermastautin di KL. Sekiranya hanya mengharapkan daripada satu sumber sahaja iaitu melalui pendapatan kerja tetap, ia mungkin tidak akan mencukupi. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk kita menjana pendapatan sampingan?
(1) Mengajar- Yakinlah bahawa setiap orang dimuka bumi ini mempunyai kemahiran yang tersendiri. Adalah lebih baik sekiranya kemahiran yang kita miliki digunakan untuk mengajar orang lain dan secara tidak langsung ia juga dapat membantu kita untuk menjana pendapatan sampingan. Selain itu, kita juga boleh menjadi jurulatih atau memberi khidmat nasihat mengikut kepakaran yang dimiliki.
(2) Penulisan- Mungkin anda seorang yang suka untuk meluahkan sesuatu pendapat melalui penulisan. Pada zaman internet kini, ia lebih memudahkan kita untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil karya yang ditulis. Sebagai contoh, kita boleh menjananya melalui BLOG yang dibina sendiri ataupun menjadi penulis jemputan untuk sesebuah website.
(3) Percakapan- Sekiranya kita merasakan dengan hanya bercakap anda mampu untuk mempengaruhi orang lain, cari satu pekerjaan yang anda bebas untuk melakukannya seperti ejen menjual insuran atau sebagainya untuk menjana pendapatan sampingan.
(4) Jual barangan yang tidak digunakan- Sekiranya kita memiliki barangan yang sudah tidak dipakai, adalah lebih baik untuk menjual berbanding menyimpannya. Ia juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan. Bab ni akak ada banyak sangat baju-baju lama yang dah tak pakai...satu almari..huhu..
(5) Memasak- Memasak adalah merupakan satu kemahiran yang amat mendapat permintaan yang tinggi. Sekiranya kita mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk kita menjana pendapatan sampingan jika kita bijak untuk mencari peluang. Accountant kat ofis akak rajin cari site income dengan cara ni walaupun gaji dia dah beribu-riban...katanya daripada hobi terus jadi income...good!
(6) Penyewaan- Sekiranya kita memiliki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu untuk memilikinya, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk menambah lagi sumber pendapatan.
(7) Menawarkan perkhidmatan- Mungkin ramai yang minat untuk berkebun tetapi tidak ramai yang suka untuk menguruskannya. Tawarkan perkhidmatan yang sering mendapat permintaan daripada orang ramai.
(8) Teknologi- Sekiranya kita mempunyai kemahiran teknologi seperti membina website, mereka grafik atau sebagainya, gunakan kemahiran yang ada untuk menambah sumber pendapatan anda. Bab ni akak tak berapa nak terror.. :)
..apa kata kita cuba mana yang sesuai, rezeki tu terbuka luas..
p.s: kredit to one of my friend yang sudi share info ni

4 comments:

  1. Memang benar intan... banyak cara cuma terpulang diri sendiri mahu memilih mana yg terbaik utk diri sendiri... daripada asyik meminta-minta lebih baik cari kerja/jana pendapatan yg teramatlah luas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada la rezeki dia sndiri kan, kak :)

      Delete
  2. 9 /10 rezeki di dunia ini datangnya daripada berniaga... erm nak berniaga lah... agak2 nak berniaga ape erk?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk...camna dgn vemma aritu? masyukkk ker? hehe

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...