Monday, May 22, 2017

Karnival WOW



Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat situ, nak tengok pengacara2 Wanita Hari Ini dan artis2 lain. Okay, masa akak sampai situ, cuma ada artis Gambit dan....hmm..sori sangat, akak lupa nama artis perempuan yang sorang ni walaupun dia selalu jugek berlakon drama. Tauke Jus Nusantara tengah buat live promo produk2 dia, lawa orangnya. Datin kan. Akak pun confuse apa yang wow nya karnival ni tapi booth UiTM memang bagi banyak info, disamping booth syarikat2 yang tawarkan pekerjaan.





TV3 buat audition pengacara tapi nak cari perempuan yang berumur 18 - 35 tahun sahaja. So, akak dah lama disqualified!! Hahaha. Tak payah nak mimpi la kan. Jadi emcee kat mana2 function, cukup la. Tu pun kalau laku lagi. Sempat jugek register untuk main saham. Macam best jek kan nak main saham. Actually dah lama nak register tapi tak berkesempatan. Then, tertengok Malacca Securities Sdn. Bhd. buat offer free registration sempena Karnival WOW ni. So akak pun on jek la. Saja nak try.

Booths lain macam biasa jek. Oleh kerana UMNO sambut ulangtahun yang ke-71, so banyak la jugek pameran dan kaunter yang berkaitan dibuka. Dalam erti kata lain, kalau berhajat nak register sebagai ahli UMNO, ada kaunter disediakan. Bukan cakap pasal politik ye =).





Walaupun hujan gerimis tapi anak2 dara ni gigih lagi nak berposing kat perkarangan stadium. Saja nak buat kenangan, katanya. Nampaknya Stadium Bukit Jalil dah ready untuk menyambut Sukan Sea tak lama lagi. Mesti happening, tak sabar nak tengok.







Monday, May 15, 2017

man's cooking (3)







Recently SRK tetiba nak makan sayur. Al-kisahnya dia termakan sayur bendi kat satu restoran ni dan sedap pulak katanya. Huh. Kan dah lama kacang bendi tu sedap dimakan. Cuma akak stop makan bendi selepas bersalin anak ke-2 dulu. Lama jugek. Then makan balik sebab sedap. Biasanya masak tumis kicap je bendi ni atau goreng pedas. Yang ni, SRK goreng dengan ikan bilis dan telur. Menambah nasi...uolls. Ngada2 kan, kata tak makan sayur!





Tomyam dan ayam goreng tu, SRK yang masak. Kalau masak tomyam, memang SRK terror sangat, pejam mata pun jadi. Tapi style SRK masak, dia akan rebus dulu ayam tu sampai separa empuk, then baru bubuh paste tomyam dan bahan2 lain. Akak pulak suka tumis dulu sikit bahan2 dan paste tomyam tu, baru letak ayam. So, cara SRK lebih meminimakan minyak dalam masakan. Anak2 suka jek either ummi atau babah yang masak, janji sedap. Kalau beli paste tomyam, akak suka paste tomyam keluaran Adabi. Sama jugek kalau beli serbuk kunyit, mesti Adabi. Serbuk kari pun, Adabi. Kalau beli serbuk kari Alagappas, akak sakit perut. Kuat sangat kot karinya tu.

Terpulang pada citarasa dan pilihan masing2 la, janji sedap dan halal dimakan. Hmm...dah lama tak masak ayam kurma.

Thursday, May 11, 2017

boat noodle






For anak2, this is not the first time derang pergi makan kat Boat Noodle. Rasanya dah banyak kali terjah sebab ni memang salah satu tempat makan favourite budak2 ni. Biasanya singgah kat Boat Noodle, Sunway Putra Mall. So, last weekend rajin pulak akak temankan anak2 nak cari novel kat Pesta Buku Antarabangsa. Since kami berhijrah ke hutan batu ni, almost every year pergi Pesta Buku Antarabangsa ni. Diskaun harga memang gila2. Just imagine, tiga atau lima buku just pay RM50.00. Mana nak cari kan. Si adik nak cari novel fixi, dah banyak collection dia. Biasanya dia berpakat dengan kawan2 sekolah, masing2 beli yang title novel fixi yang berbeza. Then bila siap baca, derang tukar2. Jimat kan. Terjah punya terjah, dapat la beli novel fixi tajuk "LENDU". Owh...akak ingatkan UiTM jek kat Lendu tu =).

Dah penat berasak kat PWTC tu, baru la isi perut. Terus jek cross ke Sunway Putra Mall, nak makan kat Boat Noodle. Mak aiii....ramainya orang kat food court, everywhere penuh sesak! Ni memang impak daripada Pesta Buku Antarabangsa la gamaknya. Parents outing bawak  anak2 ke PWTC, then lapar..semua serbu food court kat Sunway Putra Mall. Akak failed cari seat kosong nak duduk dan makan!




Kat Boat Noodle tu macam putus harapan nak makan sebab beratur sangatttt panjang. Wasting time nak beratur dan tunggu seat. Berapa lama nak tunggu orang siap makan? Takkan orang nak rushing makan, mesti nak slow & steady, borak2 dan have a short rest. So, akak tukar plan. Jom terjah Boat Noodle kat Sogo. Eh, boleh tak perasan pulak kat Sogo ada Boat Noodle. Nasib baik si adik bagitau.

Naik tren semula ke Sogo, RM1.30 per person. Turun tren terus terjah food court sebab perut dah lapar kan. For the first time akak abaikan handbags yang banyak diskaun tu..hehe. Alhamdullillah sampai kat food court, banyak lagi seat kat Boat Noodle, we don't have to wait. Terus jek order. 2+1 mangkuk mee untuk ummi. 6 mangkuk untuk si adik dan 6 mangkuk untuk si kakak. Macam tak makan 3 hari kan =). Tapi ini la specialnya makan kat Boat Noodle, makan semangkuk...nak semangkuk lagi. Macam ketagih. Sesuai dengan selera akak dan anak2. Satu mangkuk harga cuma RM2.00 -+. So, boleh estimate bajet kita. Nak sedap dan pedas lagi, tabur serbuk cili...ikut suka kita la, baru rare.




Selesai 15 mangkuk, snap pic and sent to SRK. Terkejut dia tengok anak2 dia makan..hehe. Menu mee gini memang tak kena dengan selera SRK, dia nak nasi jugek. Tapi sebenarnya portion mee kat Boat Noodle ni sikit jek, tak puas nak makan semangkuk jek. At least 2 atau 3 mangkuk, baru berbaloi. Akak suka dengan konsep Boat Noodle ni, kalau tak puas makan 3 mangkuk, boleh order at anytime. Then Boat Noodle guna macam kayu terpakai untuk meja makan, cantik dan klasik. Cumanya, harga air lebih mahal la daripada mee nya. 

Tercapai jugek hasrat si kakak nak belanja si adik makan kat Boat Noodle, ummi tumpang sekaki!

Wednesday, May 3, 2017

man's cooking (2)







What else yang kita expect daripada suami? :)

Okay, recently SRK masak ikan singgang, siakap stim limau dan udang goreng pedas. Sayur brokoli tu, akak yang masak sebab SRK ni kurang minat makan sayur. Dia pentingkan lauk jek. Singgang tu masak dengan ikan selayang jek. Kebetulan baru2 ni agak free sebelah petang, so we all terRAJIN menerjah ke Pasar Chowkit. Biasanya pergi Pasar Sentul jek tapi sebab nak cari ikan tenggiri yang fresh, buat2 rajin la ke Chowkit. Banyak beza harga ikan2 kat Chowkit, compare dengan Sentul. Memang banyak beza. Kat Chowkit more cheaper bagi certain jenis ikan. 

Singgang sesuai untuk orang yang nak jaga pemakanan, I mean orang yang nak elak makan gulai lemak dan lauk bergoreng. Kalau masak singgang ikan kembung pun sedap. Ni singgang version Terengganu. Kalau version kampung akak, kami tak letak kunyit. So kuahnya tak ada warna dan kami akan reneh kuah sampai surut dengan api yang kecik. Memang terbaik!

Siakap stim tu requested by anak dara. Kalau masak siakap goreng, dia tak nak makan. Kalau masak stim jek, baru dia makan. Memilih sangat tekak dia. Ada balance stok udang, goreng jek rangup2. Sayur brokoli + bunga kobis tu pun jadi pilihan anak dara sebab coach dia yang suruh makan sayur. Hmm...budak2 ni kena ada pengaruh luar, baru la nak buat sesuatu kan. Apa pun, we enjoyed our food walaupun tak hebat macam orang lain.