Thursday, May 11, 2017

boat noodle






For anak2, this is not the first time derang pergi makan kat Boat Noodle. Rasanya dah banyak kali terjah sebab ni memang salah satu tempat makan favourite budak2 ni. Biasanya singgah kat Boat Noodle, Sunway Putra Mall. So, last weekend rajin pulak akak temankan anak2 nak cari novel kat Pesta Buku Antarabangsa. Since kami berhijrah ke hutan batu ni, almost every year pergi Pesta Buku Antarabangsa ni. Diskaun harga memang gila2. Just imagine, tiga atau lima buku just pay RM50.00. Mana nak cari kan. Si adik nak cari novel fixi, dah banyak collection dia. Biasanya dia berpakat dengan kawan2 sekolah, masing2 beli yang title novel fixi yang berbeza. Then bila siap baca, derang tukar2. Jimat kan. Terjah punya terjah, dapat la beli novel fixi tajuk "LENDU". Owh...akak ingatkan UiTM jek kat Lendu tu =).

Dah penat berasak kat PWTC tu, baru la isi perut. Terus jek cross ke Sunway Putra Mall, nak makan kat Boat Noodle. Mak aiii....ramainya orang kat food court, everywhere penuh sesak! Ni memang impak daripada Pesta Buku Antarabangsa la gamaknya. Parents outing bawak  anak2 ke PWTC, then lapar..semua serbu food court kat Sunway Putra Mall. Akak failed cari seat kosong nak duduk dan makan!




Kat Boat Noodle tu macam putus harapan nak makan sebab beratur sangatttt panjang. Wasting time nak beratur dan tunggu seat. Berapa lama nak tunggu orang siap makan? Takkan orang nak rushing makan, mesti nak slow & steady, borak2 dan have a short rest. So, akak tukar plan. Jom terjah Boat Noodle kat Sogo. Eh, boleh tak perasan pulak kat Sogo ada Boat Noodle. Nasib baik si adik bagitau.

Naik tren semula ke Sogo, RM1.30 per person. Turun tren terus terjah food court sebab perut dah lapar kan. For the first time akak abaikan handbags yang banyak diskaun tu..hehe. Alhamdullillah sampai kat food court, banyak lagi seat kat Boat Noodle, we don't have to wait. Terus jek order. 2+1 mangkuk mee untuk ummi. 6 mangkuk untuk si adik dan 6 mangkuk untuk si kakak. Macam tak makan 3 hari kan =). Tapi ini la specialnya makan kat Boat Noodle, makan semangkuk...nak semangkuk lagi. Macam ketagih. Sesuai dengan selera akak dan anak2. Satu mangkuk harga cuma RM2.00 -+. So, boleh estimate bajet kita. Nak sedap dan pedas lagi, tabur serbuk cili...ikut suka kita la, baru rare.




Selesai 15 mangkuk, snap pic and sent to SRK. Terkejut dia tengok anak2 dia makan..hehe. Menu mee gini memang tak kena dengan selera SRK, dia nak nasi jugek. Tapi sebenarnya portion mee kat Boat Noodle ni sikit jek, tak puas nak makan semangkuk jek. At least 2 atau 3 mangkuk, baru berbaloi. Akak suka dengan konsep Boat Noodle ni, kalau tak puas makan 3 mangkuk, boleh order at anytime. Then Boat Noodle guna macam kayu terpakai untuk meja makan, cantik dan klasik. Cumanya, harga air lebih mahal la daripada mee nya. 

Tercapai jugek hasrat si kakak nak belanja si adik makan kat Boat Noodle, ummi tumpang sekaki!

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...