Monday, May 15, 2017

man's cooking (3)







Recently SRK tetiba nak makan sayur. Al-kisahnya dia termakan sayur bendi kat satu restoran ni dan sedap pulak katanya. Huh. Kan dah lama kacang bendi tu sedap dimakan. Cuma akak stop makan bendi selepas bersalin anak ke-2 dulu. Lama jugek. Then makan balik sebab sedap. Biasanya masak tumis kicap je bendi ni atau goreng pedas. Yang ni, SRK goreng dengan ikan bilis dan telur. Menambah nasi...uolls. Ngada2 kan, kata tak makan sayur!





Tomyam dan ayam goreng tu, SRK yang masak. Kalau masak tomyam, memang SRK terror sangat, pejam mata pun jadi. Tapi style SRK masak, dia akan rebus dulu ayam tu sampai separa empuk, then baru bubuh paste tomyam dan bahan2 lain. Akak pulak suka tumis dulu sikit bahan2 dan paste tomyam tu, baru letak ayam. So, cara SRK lebih meminimakan minyak dalam masakan. Anak2 suka jek either ummi atau babah yang masak, janji sedap. Kalau beli paste tomyam, akak suka paste tomyam keluaran Adabi. Sama jugek kalau beli serbuk kunyit, mesti Adabi. Serbuk kari pun, Adabi. Kalau beli serbuk kari Alagappas, akak sakit perut. Kuat sangat kot karinya tu.

Terpulang pada citarasa dan pilihan masing2 la, janji sedap dan halal dimakan. Hmm...dah lama tak masak ayam kurma.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...