Monday, June 23, 2014

gusti geram tak hengat @ Malaysian Invasion 2


Venue : Paradigm Mall.




First time menerjah ke Paradigm Mall walaupun jarak antara rumah dengan mall ni kurang daripada 20 minit driving, kalau trafik tak sesak. Tapi sebab tak ada apa tujuan nak pegi situ, so memang akak tak pernah pegi. Tapi tetiba semalam my bro ajak pegi, saja jalan2.

Sampai kat situ...owhhh...wow...ada something best untuk ditonton. Akak memang tak pernah tengok live game ni...so quite excited with my bro and doter. Peserta tengah warming up kat belakang tapi boleh tengok clear dari atas dan tepi...





Sebelum game mula, ada ler sorang perempuan cina seksi ni duk round jalan kat tepi stage...owh...tukang buat silence announcement for each game round rupanya =)). Peserta dah get ready time ni... Akak pulak suspen sebab masa mula sampai situ, ada satu game tengah on dan salah sorang peserta tu jatuh baring tak bergerak for a few minutes, muka dah biru. I thot that man dah .... sebab medic datang ramai bantu dia.




The game is begin dan akak rasa kali ni malay man yang masuk. Supporters derang punya la ramai kat situ, maybe dia antara yang favourite kot...guessing je. Lawan dia kecik aje badan tapi kecik2 cili api kan.




Memang suspen betul bila tengok derang lawan habis2an, macam tak ada belas kasihan. Tumbuk, cekik la ikut suka...janji menang. Adeh...mendebarkan setiap saat but it was fun.

Lama sangkut tengok game ni...at last just shopping kat HM dan Tesco aje.

Friday, June 20, 2014

layan bola


Orang sibuk dengan World Cup kan...akak pun tak tinggal walaupun tak follow sangat team mana yang best, team mana yang tak best. Baru sekali bersengkang mata tengok game antara Portugal dan Germany baru2 ni. Itu pun dah macam nak pening tahan mengantuk. 

Sebelum tu...cerita akak dan anak2 first time masuk stadium nak layan bola, excited betul sebab semangat tengok bola live kat stadium memang berbeza dengan layan bola kat tv. Kebetulan team Tok Gajah masuk final Piala FA, so...akak dan SRK sepakat bawa anak2 ke stadium.




Huhu...peminat kecik team TRW masuk stadium sebab nak tengok Martias main...cewah. Si kakak pulak sibuk nak tengok Alex dari dekat...tak menghampakan sebab memang Alex datang dekat2 dengan kami. FYI, SRK dan si adik ni penyokong TRW yang tegar.




3/4 stadium dipenuhi dengan penyokong Tok Gajah. Nak buat macamana kan..sapa la sibuk enterprem bila akak snap gambo ni...isk3x.




Very happening bila stadium dah penuh, semangat membara dikalangan penyokong kedua2 team. Cameramen semua dah ready.





Akak nak snap gambo pun susah, asik ada orang nak enterprem. Sapa suruh datang lambat kan, baru sibuk nak cari seat. Haiiippp.




Penyokong memang bagi sokongan tak berbelah bagi, angkat dan tepuk tangan sama2, nyanyi sama2 tapi akak dan SRK tak la follow sangat. Penat ler nak bersorak dan tepuk sepanjang masa =)).




Serabut la tengok derang ni yang datang lambat dan tak dapat tempat duduk, pastu duk berdiri melilau kat depan orang. Mengganggu sangat. Pssttt...makcik2 kat depan akak tu bukan main havoc lagi hari tu...hehe..




Lampu2 yang kecik2 dikalangan penyokong nun...semua datang daripada handset masing2. Cantik pulak akak tengok. Macam2 gelagat boleh tengok.





Ini masa nak sampaikan piala kat team Tok Gajah, boleh nampak sorang2 player naik stage. Sweet memories. Tahniah Tok Gajah. Tu belum lagi kalau tengok live World Cup kan. 

Yang untung sapa? Orang jual baju memang boleh buat untung =)).

Letih + pewai + lapar + haus



Thursday, June 19, 2014

enjoyce @ legoland




Hajat asalnya nak bawa anak2 jalan2 ke USS tapi disebabkan tak sempat nak setel hal paspot si adik, jadi...bawa jalan2 ke Legoland aje la. Kus semangat juga bajetnya, nipis poket akak dibuatnya. Pukul 10 pagi lagi kami dah sampai kat situ. Tak susah sangat nak cari jalan dari hotel penginapan ke Legoland ni, hanya berbelas kilometer gitu.




First game yang budak yang tak berapa nak kecik ni main, abih basah baju dibuatnya. Kakak dia pun ikut sama tapi umminya malas nak join...just tengok dari tepi. Seronok budak ni, sampai dua kali naik benda ni.




Posing dulu just before derang nak naik roller coaster yang tinggi menjunam tu. Umminya sekali lagi just jadi tukang tengok je....so derang naik dengan abahnya @ SRK, buat peneman. Ummi jadi photographer cukup la kan. Budak baju merah tu cakap...rugi je ummi bayar mahal2...




This one tak challenging langsung, kata derang. Ye la...akak tengok pun macam boleh mengantuk je kalau naik =)). Tapi derang naik juga just for fun dan ummi & abah jadi tukang tengok. (bila ummi nak join ni kan???)





Hahaha...this one quite funny sebab sebelum naik, akak duk cerita experience akak naik benda ni dulu2. Suruh pegang kuat2....budak2 ni pun dah excited. Tup2 ...rupanya budak2 ni kena tarik tali tengah tu so that derang akan naik ke atas dan bila lepaskan tali, automatik seats derang akan menjunam turun.... (akak ingat yang macam kat Genting tu...hehe..sowiii...sebab budak2 ni "bengang")



Ni view dari atas observation tower, kita naik tower yang bulat tu...macam kat Bandar Hilir, Melaka. So kita boleh tengok seluruh kawasan Legoland ni. Yang ni we all naik empat beranak.




Budak kecik ni sempat la berposing dengan spek mata 4D sebelum kami masuk dalam cinema....nak tonton cerita kartun 15 minit. Ingatkan gempak giler...hehe...tapi ok la sebab ada aircond...sebab sebelum tu dah berpanas terik beberapa jam....




Sangat kreatif bila membentuk zirafah dengan lego, berapa hari la baru siap benda ni kan tapi memang kelas gitu. Zirafah pakai kasut you.





Dua beradik posing kat tempat yang sama, semua alat2 muzik kat air pancut tu berbunyi...i mean ada lagunya. Semuanya dibentuk daripada lego. Cantik.




Semua kat atas tu dibina daripada lego...cantik sangat dan kreatif. Kalau la akak pun boleh dan pandai buat macam ni, mesti best kan...colourful.



This sweet girl dah lama bercita2 nak memandu kereta, tak perasan kot yang dia baru nak dapat ic...hehe. Tapi untuk tidak menghampakan dia, dan memang dia pun berkobar-kobar nak dapatkan lesen memandu versi budak kat Legoland ni, so...dia join la main kat tempat tu...dia uruskan sendiri aktiviti daripada A-Z. Well done! Tapi kalau nak ambik (print) lesen memandu tu, kena bayo ye...you olls.. 




Last activity yang budak2 ni buat...masuk tempat ni, belajar macamana nak handle bot. Actually tak susah mana sebab enjin bot dah set...tak boleh laju tak boleh perlahan. Cuma kena pandai kontrol stereng la. Kalau tak reti kontrol, sukahati la kan nak langgar pagar atau bot orang lain =)).

So...apa yang akak buat kat Legoland???  =)).

Tak ada dalam kamera atau handphone, actually akak pun ada join...naik "bot menjunam ke dalam air"...terrible sebab bila dah menjunam, abih basah tudung dan baju semua....SRK pun kuyup. Konon duduk kat seat belakang sebab tak nak kena tempias banyak tapi sebenarnya yang duduk belakang la kuyup. Nasib ler....

Moral of the story, kalau pegi Legoland ni...tak payah pakai lawa2 atau nak melaram sangat. Cukup la pakai jeans dan t-shirt yang serap peluh sebab aktiviti2nya memang agak mencabar, mencabar ketahanan mental dan fizikal kita. Sehari duduk dalam kawasan tu, you must need extra2 water to drink. Harga air sebotol RM5.00 ye. So, pandai2 la bawa bekal dari luar.







Monday, June 2, 2014

Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong


Lama betul akak tak menghapdet blog ni kan. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan blog ni bersawang =).

Malas.

Sibuk.

Saja buat sibuk.

Malas nak menaip panjang.

Ralik dengan hal-hal lain.

Tak ada apa nak share.

Tapi...tetiba datang la mood nak menaip sikit2, tak banyak. Kebetulan last week akak pun ada travel ke Kuala Terengganu untuk attend satu program kat ofis ni. Tak teruja langsung nak pegi KT sebab MIL akak pun kat Bandar Permaisuri. So...ni kira balik ke kampung halaman SRK ler. 





Keluar dari Highway Bukit Besi, terus ke Pulau Duyong. Tak expect pulak ada resort kat kampung ni, kena lalu pasar malam dulu bagai. Tapi tempat ni katanya tempat pilihan orang untuk buat event kawin...ye la dah lokasinya dekat kuala sungai...nampak laut...nampak kapal2 layar semua tu...sure nampak macam sweet kan.







Ni gambo chalet yang akak duduk, dua tingkat okay. Dua bilik kat bawah dan dua bilik lagi kat atas. Bilik memang selesa tapi ciri2 keselamatan tu macam kureng sikit especially bilik kat tingkat bawah. Setiap bilik ada beranda kat depan, so you olls boleh baring2 dan lepak2 kat beranda tapi watch out dengan nyamuk =). Chalet type ni ofis bayar dengan harga RM230.00 per night, goverment rate okay.




Ni chalet type executive suite, berdepan dengan chalet akak tadi je. Kalau rasa nak feeling2 mewah sikit, boleh la duk situ. Hari tu pengantin lelaki yang nak akad nikah tu pun sewa chalet ni. Harga RM720.00 per night.




Setiap chalet yang sebelah bawah ada tangga turun ke tanah macam gambo kat atas ni. Pastu ada pangkin kalau nak santai2 tapi akak tak sempat nak duduk kat pangkin tu pun.




Kalau nak feeling lagi mewah, boleh la duduk kat Royal Suite ni...maybe chalet type ni memang dikhaskan untuk golongan bangsawan =). Yang ini akak tak sure berapa ratenya tapi gayanya macam korang duduk dalam sebijik rumah la.




Kedudukan antara chalet agak jauh...jadi kalau nak balik ke chalet, kena naik van atau buggy car. Sangat leceh you olls sebab bukan setiap masa tuan rumah nak entertain kita. Akak sekali tu masa lepas checked-in je merasa  naik buggy car. Lepas daripada tu, akak menapak hari2 ke dewan mesyuarat dan tempat makan, harap2 dah turun sekilo kan. 






Swimming pool pun ada tapi macam tak kena aje pool dia. Akak tak sempat nak terjun dalam pool pun. Tapi...tengok tu...nampak sorang blogger tengah celup kaki dalam pool. Gian nak main air la tu =).
(nota: blogger tu roomate akak masa stay kat resort ni...okay..)








Jauh mata memandang, banyak pemandangan cantik yang boleh diabadikan oleh pengunjung tapi akak tak larat nak snap gambo banyak2.





Boleh tengok kapal2 layar parked kat situ...macam2 rupa ada kan...kalau musim Monsoon Cup mesti lagi happening. Boleh nampak bangunan2 kat town tu....dan kalau nak pegi Pasar Payang, ada disediakan perkhidmatan bos pegi balik dengan sewa sebanyak RM6.00. 








Last but not least, tempat makan dia cantik tapi kalau time pepagi nak breakfast, terpaksa cari tempat teduh untuk makan. Walaupun pemandangan cantik tapi matahari memang terus ke situ...tapi you olls ada pilihan untuk makan kat dalam tu...ada aircond

Makanan? Frankly speaking...tak banyak pilihan. Sorry to say, tiga hari duduk situ, akak tak jumpa crab dan udang pun. Ikan ada la ternampak sekali ...sotong pulak muncul just masa we all BBQ. I thot kalau duk tepi laut, mesti penuh dengan seafood kan. Lain la kalau akak duk kat tengah2 peta... pastu, sayur yang dihidangkan cuma sayur taugeh dan kobis...hmmm....





ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...