Hajat asalnya nak bawa anak2 jalan2 ke USS tapi disebabkan tak sempat nak setel hal paspot si adik, jadi...bawa jalan2 ke Legoland aje la. Kus semangat juga bajetnya, nipis poket akak dibuatnya. Pukul 10 pagi lagi kami dah sampai kat situ. Tak susah sangat nak cari jalan dari hotel penginapan ke Legoland ni, hanya berbelas kilometer gitu.
First game yang budak yang tak berapa nak kecik ni main, abih basah baju dibuatnya. Kakak dia pun ikut sama tapi umminya malas nak join...just tengok dari tepi. Seronok budak ni, sampai dua kali naik benda ni.
Posing dulu just before derang nak naik roller coaster yang tinggi menjunam tu. Umminya sekali lagi just jadi tukang tengok je....so derang naik dengan abahnya @ SRK, buat peneman. Ummi jadi photographer cukup la kan. Budak baju merah tu cakap...rugi je ummi bayar mahal2...
This one tak challenging langsung, kata derang. Ye la...akak tengok pun macam boleh mengantuk je kalau naik =)). Tapi derang naik juga just for fun dan ummi & abah jadi tukang tengok. (bila ummi nak join ni kan???)
Hahaha...this one quite funny sebab sebelum naik, akak duk cerita experience akak naik benda ni dulu2. Suruh pegang kuat2....budak2 ni pun dah excited. Tup2 ...rupanya budak2 ni kena tarik tali tengah tu so that derang akan naik ke atas dan bila lepaskan tali, automatik seats derang akan menjunam turun.... (akak ingat yang macam kat Genting tu...hehe..sowiii...sebab budak2 ni "bengang")
Ni view dari atas observation tower, kita naik tower yang bulat tu...macam kat Bandar Hilir, Melaka. So kita boleh tengok seluruh kawasan Legoland ni. Yang ni we all naik empat beranak.
Budak kecik ni sempat la berposing dengan spek mata 4D sebelum kami masuk dalam cinema....nak tonton cerita kartun 15 minit. Ingatkan gempak giler...hehe...tapi ok la sebab ada aircond...sebab sebelum tu dah berpanas terik beberapa jam....
Sangat kreatif bila membentuk zirafah dengan lego, berapa hari la baru siap benda ni kan tapi memang kelas gitu. Zirafah pakai kasut you.
Dua beradik posing kat tempat yang sama, semua alat2 muzik kat air pancut tu berbunyi...i mean ada lagunya. Semuanya dibentuk daripada lego. Cantik.
Semua kat atas tu dibina daripada lego...cantik sangat dan kreatif. Kalau la akak pun boleh dan pandai buat macam ni, mesti best kan...colourful.
This sweet girl dah lama bercita2 nak memandu kereta, tak perasan kot yang dia baru nak dapat ic...hehe. Tapi untuk tidak menghampakan dia, dan memang dia pun berkobar-kobar nak dapatkan lesen memandu versi budak kat Legoland ni, so...dia join la main kat tempat tu...dia uruskan sendiri aktiviti daripada A-Z. Well done! Tapi kalau nak ambik (print) lesen memandu tu, kena bayo ye...you olls..
Last activity yang budak2 ni buat...masuk tempat ni, belajar macamana nak handle bot. Actually tak susah mana sebab enjin bot dah set...tak boleh laju tak boleh perlahan. Cuma kena pandai kontrol stereng la. Kalau tak reti kontrol, sukahati la kan nak langgar pagar atau bot orang lain =)).
So...apa yang akak buat kat Legoland??? =)).
Tak ada dalam kamera atau handphone, actually akak pun ada join...naik "bot menjunam ke dalam air"...terrible sebab bila dah menjunam, abih basah tudung dan baju semua....SRK pun kuyup. Konon duduk kat seat belakang sebab tak nak kena tempias banyak tapi sebenarnya yang duduk belakang la kuyup. Nasib ler....
Moral of the story, kalau pegi Legoland ni...tak payah pakai lawa2 atau nak melaram sangat. Cukup la pakai jeans dan t-shirt yang serap peluh sebab aktiviti2nya memang agak mencabar, mencabar ketahanan mental dan fizikal kita. Sehari duduk dalam kawasan tu, you must need extra2 water to drink. Harga air sebotol RM5.00 ye. So, pandai2 la bawa bekal dari luar.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...