Friday, June 20, 2014

layan bola


Orang sibuk dengan World Cup kan...akak pun tak tinggal walaupun tak follow sangat team mana yang best, team mana yang tak best. Baru sekali bersengkang mata tengok game antara Portugal dan Germany baru2 ni. Itu pun dah macam nak pening tahan mengantuk. 

Sebelum tu...cerita akak dan anak2 first time masuk stadium nak layan bola, excited betul sebab semangat tengok bola live kat stadium memang berbeza dengan layan bola kat tv. Kebetulan team Tok Gajah masuk final Piala FA, so...akak dan SRK sepakat bawa anak2 ke stadium.




Huhu...peminat kecik team TRW masuk stadium sebab nak tengok Martias main...cewah. Si kakak pulak sibuk nak tengok Alex dari dekat...tak menghampakan sebab memang Alex datang dekat2 dengan kami. FYI, SRK dan si adik ni penyokong TRW yang tegar.




3/4 stadium dipenuhi dengan penyokong Tok Gajah. Nak buat macamana kan..sapa la sibuk enterprem bila akak snap gambo ni...isk3x.




Very happening bila stadium dah penuh, semangat membara dikalangan penyokong kedua2 team. Cameramen semua dah ready.





Akak nak snap gambo pun susah, asik ada orang nak enterprem. Sapa suruh datang lambat kan, baru sibuk nak cari seat. Haiiippp.




Penyokong memang bagi sokongan tak berbelah bagi, angkat dan tepuk tangan sama2, nyanyi sama2 tapi akak dan SRK tak la follow sangat. Penat ler nak bersorak dan tepuk sepanjang masa =)).




Serabut la tengok derang ni yang datang lambat dan tak dapat tempat duduk, pastu duk berdiri melilau kat depan orang. Mengganggu sangat. Pssttt...makcik2 kat depan akak tu bukan main havoc lagi hari tu...hehe..




Lampu2 yang kecik2 dikalangan penyokong nun...semua datang daripada handset masing2. Cantik pulak akak tengok. Macam2 gelagat boleh tengok.





Ini masa nak sampaikan piala kat team Tok Gajah, boleh nampak sorang2 player naik stage. Sweet memories. Tahniah Tok Gajah. Tu belum lagi kalau tengok live World Cup kan. 

Yang untung sapa? Orang jual baju memang boleh buat untung =)).

Letih + pewai + lapar + haus



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...