Lama betul akak tak menghapdet blog ni kan. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan blog ni bersawang =).
Malas.
Sibuk.
Saja buat sibuk.
Malas nak menaip panjang.
Ralik dengan hal-hal lain.
Tak ada apa nak share.
Tapi...tetiba datang la mood nak menaip sikit2, tak banyak. Kebetulan last week akak pun ada travel ke Kuala Terengganu untuk attend satu program kat ofis ni. Tak teruja langsung nak pegi KT sebab MIL akak pun kat Bandar Permaisuri. So...ni kira balik ke kampung halaman SRK ler.
Keluar dari Highway Bukit Besi, terus ke Pulau Duyong. Tak expect pulak ada resort kat kampung ni, kena lalu pasar malam dulu bagai. Tapi tempat ni katanya tempat pilihan orang untuk buat event kawin...ye la dah lokasinya dekat kuala sungai...nampak laut...nampak kapal2 layar semua tu...sure nampak macam sweet kan.
Ni gambo chalet yang akak duduk, dua tingkat okay. Dua bilik kat bawah dan dua bilik lagi kat atas. Bilik memang selesa tapi ciri2 keselamatan tu macam kureng sikit especially bilik kat tingkat bawah. Setiap bilik ada beranda kat depan, so you olls boleh baring2 dan lepak2 kat beranda tapi watch out dengan nyamuk =). Chalet type ni ofis bayar dengan harga RM230.00 per night, goverment rate okay.
Ni chalet type executive suite, berdepan dengan chalet akak tadi je. Kalau rasa nak feeling2 mewah sikit, boleh la duk situ. Hari tu pengantin lelaki yang nak akad nikah tu pun sewa chalet ni. Harga RM720.00 per night.
Setiap chalet yang sebelah bawah ada tangga turun ke tanah macam gambo kat atas ni. Pastu ada pangkin kalau nak santai2 tapi akak tak sempat nak duduk kat pangkin tu pun.
Kalau nak feeling lagi mewah, boleh la duduk kat Royal Suite ni...maybe chalet type ni memang dikhaskan untuk golongan bangsawan =). Yang ini akak tak sure berapa ratenya tapi gayanya macam korang duduk dalam sebijik rumah la.
Kedudukan antara chalet agak jauh...jadi kalau nak balik ke chalet, kena naik van atau buggy car. Sangat leceh you olls sebab bukan setiap masa tuan rumah nak entertain kita. Akak sekali tu masa lepas checked-in je merasa naik buggy car. Lepas daripada tu, akak menapak hari2 ke dewan mesyuarat dan tempat makan, harap2 dah turun sekilo kan.
Swimming pool pun ada tapi macam tak kena aje pool dia. Akak tak sempat nak terjun dalam pool pun. Tapi...tengok tu...nampak sorang blogger tengah celup kaki dalam pool. Gian nak main air la tu =).
(nota: blogger tu roomate akak masa stay kat resort ni...okay..)
Jauh mata memandang, banyak pemandangan cantik yang boleh diabadikan oleh pengunjung tapi akak tak larat nak snap gambo banyak2.
Boleh tengok kapal2 layar parked kat situ...macam2 rupa ada kan...kalau musim Monsoon Cup mesti lagi happening. Boleh nampak bangunan2 kat town tu....dan kalau nak pegi Pasar Payang, ada disediakan perkhidmatan bos pegi balik dengan sewa sebanyak RM6.00.
Last but not least, tempat makan dia cantik tapi kalau time pepagi nak breakfast, terpaksa cari tempat teduh untuk makan. Walaupun pemandangan cantik tapi matahari memang terus ke situ...tapi you olls ada pilihan untuk makan kat dalam tu...ada aircond.
Makanan? Frankly speaking...tak banyak pilihan. Sorry to say, tiga hari duduk situ, akak tak jumpa crab dan udang pun. Ikan ada la ternampak sekali ...sotong pulak muncul just masa we all BBQ. I thot kalau duk tepi laut, mesti penuh dengan seafood kan. Lain la kalau akak duk kat tengah2 peta... pastu, sayur yang dihidangkan cuma sayur taugeh dan kobis...hmmm....
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...