Friday, July 20, 2012

selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak @ bubur lambuk


Sempena menyambut kedatangan bulan puasa tahun ni, kami kat ofis pakat2 buat bubur lambuk. Seperti biasa, masak kat pantry yang dah banyak berjasa tu. Kos beli bahan2nya, kami kongsi ramai2.




Sebenarnya akak tak reti (sungguh ni...) nak masak bubur lambuk. So, tugas akak cuma tolong buat apa yang patut :)). Thanx pada kawan2 yang sudi membantu menyediakan bahan2 masak.




Ada kentang, lobak merah, halia, daging kisar dan santan. Perencah sup pun kami bubuh sebagai penambah rasa. Nak lagi best, bubuh black pepper. Kalau ada ayam, udang atau isi ketam, rasanya lagi best kan.




Oleh sebab stove kami menghilang entah ke mana, so terpaksa la guna rice cooker aje. Tiga biji rice cooker jadi mangsa kami. Tak kisah la kan, asalkan masak dan hasilnya memuaskan.




Semerbak bau bubur lambuk bila dah masak....semua jadi lapar dan menuju ke pantry :))




Ini la hasilnya bubur lambuk yang dimasak dalam rice cooker....makan la masa ia masih panas2, campur lagi black / white pepper untuk menambah rasanya.

Dikesempatan ini, akak sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak untuk semua kawan2 dan pembaca blog akak ni. Semoga segalanya berjalan dengan baik.








6 comments:

  1. Assalamu'alaikum sis intan,

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa ya. :)

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Selamat berpuasa, moga terampun segala dosa dan mencapai takwa...aamiin

    ReplyDelete
  3. Puasa dgn bubur lambuk memang sinonim intan. Surau tempat kakak setiap sabtu dan ahad aje ada sebab AJK semua bekerja hari-hari lain tak ada org nak masak..

    Selamat menyambut ramadhan dan maaf juga dari kakak ye intan.

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...