Sumber : Mr.Google yang bijak tak kira masa...
Me belek2 magazine lama, terjumpa pulak resepi nasi kerabu. Memang dah lama me berhajat nak masak nasi kerabu sendiri tapi oleh kerana me tak expert nak masak "tumisan" nya tu, maka hajat me tu hanya tinggal hajat..hehe. My huby memang fanatik pada nasi kerabu dan nasi berlauk, maybe sebab citarasa kampung dia masih menebal. Anak2 me pun suka makan nasi kerabu. Nasib baik kat area rumah me tu, ada jugak orang Kelate yang berjual nasi kerabu walaupun takde la mengancam sangat rasanya. Pada me, kesedapan nasi kerabu ni bergantung kepada tumisan, budu dan kerabunya. Kalau semua benda2 ni sedap, matchkan dengan nasi putih pun ok. Tak perlu dah nak cari nasi kerabu warna biru (biru ker?).
Makan nasi putih dengan ikan rebus cicah budu pun sedap.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...