Monday, June 5, 2017

Lulu Hypermarket



Anyone can tell me about Lulu Hypermarket?

Actually SRK yang suggest untuk ke situ sebab katanya macam2 ada. Memang macam2 ada, kalau nak beli barang2 dapur, lauk-pauk dan sayur-sayuran, boleh la ke situ. First time akak pergi situ pun dah teruja sebab banyak pilihan. Semalam 2nd time terjah ke Lulu. Sangat ramai manusia kat situ since masing2 nak beli macam2 keperluan dapur, kurma etc. Ikan segar2, daging lembu, kambing...semua ada. Even nak cari perut lembu pun ada. Teruja tengok ada macam2 jenis cheese kat situ tapi akak try cari udon, sampai nak balik pun tak jumpa. Serius, kalau uolls nak beli cheese, cream cheese dan apa2 lagi yang related dengan cheese, kena pergi Lulu. Then derang jual pelbagai jenis paste. Paste bawang, cili, kimchi dan macam2 jenis marinated buah zaitun. Kalau malas nak blend sendiri bawang dan cili, uolls boleh pergi beli kat situ.





Kalau teringin nak makan sushi, pun ada jual macam2 jenis sushi. Akak beli yang ini atas permintaan anak2 dara, harga RM15+- gitu. Not bad. Sedap, rasa macam sushi yang kita makan kat tempat2 lain. Ada wasabi sekali. Sekali hadap, licin. Tapi anak2 kurang minat dengan ikan tu. So, ummi yang tolong habiskan. Ok kan.

Kat situ juga ada food court atau dining area. Ada macam2 nasi beriyani, lauk kambing, beef, spagetti etc. So either kita nak makan kat situ atau pack bawa balik. Simple.





Kat tingkat atas, macam biasa ada jualan pakaian, kasut, bag, aksesori, barang2 mandian etc. Anak2 dara ni sempat lagi berposing, maklum la budak2 zaman sekarang sepanjang masa dengan handphone. Not bad harga barang2 kat situ. Kalau nak pergi Lulu ni memang agak hazab nak Q cari parkir sebab bangunannya bersebelahan dengan Jakel KL jek. Nak cari parkir, boleh masuk ke parkir kat basement tu. 1st hour rasanya dalam RM4 gitu. Kalau letak kereta kat tepi2 jalan tu, ada harapan nak kena saman trafik.. =)






No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...