Salam Jumaat yang penuh barokah.
Semalam sehari suntuk anak dara berkawad formasi kat UM, PJ. Dah 2-3 minggu jugek budak2 ni buat training untuk join pertandingan kawad formasi peringkat negeri. Muka tu memang dah sunburn tahap gaban, sampai kan dah ramai kawan2, seniors dan kerabat keluarga tegur sebab gelap sangat. Kesian budak ni tapi semangat dia memang tak pernah luntur. Pasal semangat dan usaha ni, akak memang puji la sebab this girl memang ada semangat yang kental. Tak mudah sentap, friendly. Cuma manja tak hengat kalau kat rumah =).
Best friend berkayak pun terpilih untuk masuk pertandingan kawad formasi ni. Bagus!
Sir Yeoh (orang yang bertanggungjawab melatih group kawad ni) pesan, pukul 5am mesti dah ada kat sekolah. Mak aiii...kalah orang nak pergi perbarisan Hari Kebangsaan kan. Arguments mula keluar dari mulut akak, here and there sebab tak pernah lagi dengar arahan macam tu. Lain la kalau nak naik flight, mesti awal. Okay, I forgot that Sir Yeoh tu polis. Polis yang real tu, bukan Polis Bantuan. Dia buat budak2 ni macam dia latih polis2 jugek (kot?). Dia apply rules yang lebih kurang sama but it's good untuk budak2 ni la. So that tak ada la yang sambil lewa. But I can't accept "pukul 5am dah kena ada kat sekolah"...hehe.
Kebetulan semalam akak puasa, kunci jam nak bangun sahur pukul 5am. Bangun2 tengok budak ni dah tengah gosok baju. Punya la semangat...kan, entah pukul berapa dia bangun. Bekalkan roti untuk dia, buat alas perut sebelum dapat breakfast. Pukul 5.30am baru la SRK pergi hantar kat sekolah. Tu pun kawan2 dia ramai yang dah sampai. Semangat betul budak2 ni. Tetiba Sir Yeoh informed, sapa2 yang lambat, petang nanti kena denda! I feel guilty jap :(
Sampai kat UM, semua dah tak ingat kecuali nak perform kawad yang terbaik. Ada berbelas-belas buah sekolah yang masuk, ikut kategori. Budak ni teruja kejap tengok kawasan UM yang besar. Memang ler besar banding dengan sekolah dia :). Semua bangga dapat perform kat UM. Walaupun cuma dapat Top Ten tapi experience tu yang penting. One thing, groups yang menang tu dah training berbulan-bulan kot, baru la dapat best performance. Budak2 ni just training for 2-3 weeks jek.
Masam pulak muka anak dara dalam gambar ni, panas kot. Owhhh...rupa2nya tak sempat nak lunch, perut tu cuma ada roti pagi tadinya jek. Sekolah provided mee hoon for breakfast tapi waktu dia pergi ambik air, mee hoon dia "hilang". Kesian betul budak ni. Then bila lunch hour, duk ralik pulak tengok groups lain perform...sampai tak sempat nak lunch. Sad story, adik.
Anyhow, ummi bangga sangat dengan adik.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...