By the time post ni di publish, maybe akak dah pun on the way balik kampung. Lama tak balik kampung. Excited nak balik kampung since last week lagi. Dah plan a few activities nak buat masa kat kampung. Nak makan ikan patin banyak2. Nak lepak2 dengan kawan2 lama kalau ada kesempatan. Nak round my hometown, window shopping kat kedai2 yang rare jual barang2 yang susah nak dapat kat KL ni. Nak ngeteh kat tepi Sungai Pahang. Banyak la lagi aktiviti yang terlintas kat mind akak ni.
Tapi..tapi..tapi..cuti2 gini kena beringat. Bukan masa untuk tambah berat badan ye. Bukan masa untuk makan apa saja yang terlintas kat hati. Nope. Kena beringat sokmo. Just kira sendiri berapa kalori kalau hari2 kita minum Coke atau air dalam tin yang manis2 tu. Sapa yang suka makan biskut Oreo tu, tengok la sendiri berapa kalori kita kumpul, hanya dengan makan 2 keping biskut Oreo. Alamak...macamana plan akak nak buat Cheesekut Oreo kat kampung nanti... =)
Siapa yang suka makan tortilla chips? Tengok ye kat pic atas tu, berapa kalori kita collect bila makan tortilla chips. Sedap memang la sedap kan tapi rupa2nya sedap yang bagi impak negatif pada diri kita bila makan terlalu banyak. Kena kontrol okay.
Akak share benda2 ni semua untuk bagi peringatan pada diri akak sendiri terutamanya dan pada kawan2 yang masih ada hati untuk jaga pemakanan dan kesihatan diri. Sebab bila dah sakit nanti, nak gostan memang susah. So paling senang ialah exercise jalan2. Kalau ada masa boleh la pergi cycling atau join mana2 group zumba. Kat Tasik Titiwangsa tu setiap weekend ada orang buat senamrobik / aerobic, maybe boleh join.
See you next week!
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...