Friday, February 10, 2017

cheesekut oreo meleleh








Salam Jumaat yang penuh barokah.

Semalam plan asal nak tengok movie kat Quill City Mall, nak tengok cerita XXX...apa entah tajuknya sebab SRK nak tengok sangat cerita tu. Tapi anak dara tak boleh masuk pulak sebab cerita tu kategori P18. Tukar plan, nak tengok Kungfu Yoga pulak. Pun tak jadi sebab SRK pulak cakap tak best. Cerewet gak pakcik ni but it was okay. 

Bila tak jadi pergi tengok movie, plan pergi Cold Storage. Lama tak terjah ke Cold Storage. Paling dekat kat Sunway Putra, naik tren RM2.60 jek bayar tambang pergi balik. Jimat. Tak payah nak pikir pasal parking dan duit parking. Ramai orang kat Sunway Putra semalam, maklum la cuti kan. Satu benda yang akak suka pergi Sunway Putra ni ialah window shopping baju2 kat situ. Banyak sangat pilihan dan harga agak berpatutan. Daripada Cotton On, H&M etc. Kalau nak baju2 yang bajet lagi, terjah kat Trio. Banyak baju blaus, kemeja dan jeans yang murah (below RM50). Tapi kalau feeling2 banyak duit, pergi la butik2 lain.








Sebelum ke Cold Storage, santap dulu kat Friends Of Burger, makan mushroom soup jek. Makan mushroom soup sebab perut rasa penuh lagi dengan nasi lemak yang SRK masak. Sweet kan...hubby yang masak nasi lemak...  :P

Nota: SRK memang suka masak lemak!

Kelam-kabut gak makan mushroom soup sebab nak kejar masa hantar anak dara training kayak pulak. Lepas makan terus pergi Cold Storage, beli barang sikit. Actually nak cari bahan2 untuk buat cheesekut oreo. Tetiba teringin nak buat dan nak makan walaupun akak ni memang failed masak kuih or dessert. Tapi sis cuba, okay.

Susah jugek nak cari cheese yang halal kat Cold Storage. Akak tak pasti pengalaman orang lain macamana tapi yang akak tengok, cheese made in Australia, 95% non-halal. Belek punya belek kat packaging tu, memang tak jumpa logo or tanda halal. Memang melambak cheese kat market, macam2 rupa ada. Bila tengok macam ni, mula la cuak nak makan cheese cake yang ada jual kat market tu. Okay, dalam masa lebih kurang tak sampai 15 minit, semua barang2 dah masuk bakul termasuk la bahan2 nak buat cheesekut oreo. Bahan2nya quite simple, cream cheese, biskut marie, biskut oreo original dan susu full cream. Susu pekat dah ada stok kat rumah. Tak perlu beli.

Balik rumah terus buat sebab anak dara memang suka makan cheesekut ni tapi biasa la kalau amatur yang masak dessert macam ni kan...hehe. Ada la yang terlebih dan terkurang. Ikut tekak anak, dia kata kurang rasa cheese. Ikut tekak akak, macam dah heavy dah rasa cheese tu. SRK pulak tak boleh nak tanya sebab dia kurang minat makan cheese tapi roti cheese naan, dia makan pulak. Woha!

Biskut oreo tu sepatutnya dihancurkan dulu, baru tabur atas cheese tu tapi sebab nak cepat, main patah2 je la kan. Kalau tabur nestum pun sedap.

Anyway, layan jek. Weekend ni buat lagi sampai jadi molek =)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...