Thursday, January 19, 2017

gulai lemak cili api ikan lampam









Lama tak belanja gambo food kan. Since akak or SRK masak yang biasa2 jek, tak ada apa nak share. But recently SRK bawak balik ikan lampam. Mana entah dia beli ikan lampam ni, teringin sangat nak makan katanya. Mula2 SRK nak masak asam pedas...hmm...macam tak best jek nak makan asam pedas ikan lampam. Actually dah terbayang gulai lemak cili apinya...sebab tu asam pedas jadi tak best =)

Ada la beberapa minit "berdialog" dengan SRK samada nak masak asam pedas atau masak lemak cili api. Lawak betul, nak decide nak masak apa pun susah. At last akak "menang" kan. SRK kena la bagi muka. So, masak la gulai lemak cili api ni. Memang menyengat bila makan, bubuh cili api banyak sikit. Bila masak gulai macam ni, teringat kat masakan mak...paling sedap!

Makan ikan lampan ni kena fokus, tulang banyak sangat. Lebih kurang ikan terubok la tapi disebabkan ikan2 ni sedap, so kita makan jugek kan. 

Menurut info, ikan lampam ni paling senang didapati selepas ikan talapia. Baik ikan lampam mahupun ikan talapia, dua2 akak suka. Actually akak suka makan hampir semua ikan2 sungai atau ikan darat ni. Daripada makan ikan kembung, baik makan ikan talapia...lagi best. Katanya info lagi, Tasik Kenyir antara tempat yang banyak ikan lampam. Cantikkkk...boleh terjah tu sebab tak jauh daripada rumah ibu mertua.

Selain ikan lampam, ikan baung pun best kalau masak gulai lemak cili api macam ni. Kalau sesiapa terEXIT plaza tol Temerloh, drive terus ke town hingga jumpa jambatan besar yang cross Sungai Pahang tu. Kat hujung jambatan tu ada deretan kedai makan. Gulai ikan baung kat situ memang sedap, kalau nak tau betul ke tak, kena cuba. Tak jauh dari situ, ada kedai makan Gobang Maju, kedai yang famous dengan masakan ikan patin tu.

But now, orang KL dah tak payah susah2 nak ke Bandar Ikan Patin untuk makan ikan patin pure, cukup la ke Sri Rampai sebab Gobang Maju dah buka branch kat situ. Tiap2 hari nampak macam full house kat situ.





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...