Cerita tengahari semalam, ada kawan belanja makan. Puas discuss nak makan kat mana, kalau nak pergi KLCC just untuk makan, macam tak berbaloi dengan bayar parking lagi, dengan kena berjalan jauh lagi. Padahal banyak jek tempat makan kat KLCC tu. Nak pergi Ampang Park, awal2 lagi dah terbayang kedai2 makan situ sentiasa sesak dengan manusia kalau lunch hour. Limited choice. Nak pergi Great Eastern Mall tapi macam malas pulak nak redah jem kat Jalan Ampang tu kan.
Nak pergi Intermark, macam best tapi selain daripada food court dia, akak cuma terfikir kat DOME jek..hehe. Fikir punya fikir, we all pilih Gloria Jeans's. Actually my friend yang prefer nak belanja makan kat situ. Ada something yang dia suka. Maybe about the food or the environment.
Well...kat mana pulak Gloria Jean's terdekat dengan ofic ni?
Penat jugek pikir pasal hal makan ni, entah apa2 kan. Macam cerewet pulak nafsu makan akak bila ada kawan nak belanja! At last, rather than pergi Gloria Jean's kat KPJ Tawakal, baik pergi kat IJN tu. Makkk...first time akak masuk ke IJN dan purpose nak masuk tu untuk makan, bukannya nak melawat orang sakit atau nak buat rawatan. Rasa macam kelako la pulak.
Cabaran lagi, parking full! 4-5 kali tawaf baru dapat.
Akak rasa macam tak berbaloi nak makan benda2 ni selepas "penat" pikir nak makan apa dan "penat" cari parking. Akak tertarik dengan mushroom puff, memang sedap. Match pulak dengan iced coffee latte. Terbaik. Makan sampai licin pinggan.
Member pulak makan chicken pie, patut la...favourite dia rupanya. Aisshhh! Match dengan american coffee.
Ce jawab dengan jujur, makan benda2 ni jek, kita kena bayar sampai RM34.00 termasuk GST. Adeh...ni harga kalau makan nasi 4 orang, kan. Berbaloi ke tak? Tapi sebab ada orang belanja, akak tak bantah...hehe. Murah rezeki.
;)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...