Wednesday, May 11, 2016

gathering @ sungai congkak



The most exciting moment!



Chalets



At last akak dapat jugek jumpa dengan kawan2 masa sekolah kat Muar dulu..alhamdullillah. Macam setahun sekali jek dapat jumpa tapi after this, we all nak buat gathering lagi. 

Ada cerita kelako, ia jadi kelako sebab akak sesat kat Ampang. Bunyi macam mengada2 kan tapi tu la realitinya, dah 5 tahun lebih duk KL tapi boleh sesat nak cari jalan ke Look Out Point. Kononnya saja nak ikut jalan situ untuk ke Sungai Congkak tapi akhirnya sesat macam tu jek. Padan muka!





Dari Jalan Ampang lagi dah on navi kat kereta, boleh follow route dia kononnya tapi rupanya navi tu dengki, nak suruh pusing terus, ikut MRR2. Nak suruh akak ikut jalan Cheras - Kajang tu la. Sakit jiwa jap dengan navi ni, boleh pulak benda ni buli akakkkk.... =)

Oleh kerana tak ternampak pun sign board nak ke Look Out Point, maka nak tak nak terpaksa ikut route yang navi bagi. Terus padam navi tu sebab kalau ikut highway tu, akak dah tau jalannya. Jam dah pukul 5 lebih, elok2 jek hadap jem orang balik kerja. Tension jap.







At last, sampai jugek akak kat Chalet Cahaya Kaseh, Sungai Congkak. Akak pergi bawa beg baju dan sedikit food untuk topup makan pagi esoknya. Urusan2 logistik dan food yang lain2 tu, semua kawan2 dah settlekan. Untung ada kawan2 yang sporting ni :)



River








Second day we all sempat mandi sungai, mandi gitu2 jek sebab bagi chance kat anak2 yang mandi. We all banyak guide jek. Tak boleh berendam lama2 kat dalam sungai, sejuk giler airnya.




Food of the day...




Rezeki kami memang murah sebab ada huby kepada kawan sudi sponsor kambing. Boleh makan kambing + black pepper sauce. Sedap betul, tak tipu. Sorang kawan tu upah cousin dia untuk bakar, so kami just makan jek. Ayam bakar pun ada. 






Kuih-muih ni ada kawan bawa, tempah khas untuk gathering. Ada kuih seri muka pandan, seri muka durian, brownies dan talam cheese. Naik tahap kolestrol akak...hehe. Memang banyak kuih yang nak dimakan, sorang boleh makan banyak2, no hal.







Haa..tu bukan air milo, okay tapi black pepper sauce. Makan kambing bakar dengan sos ni, memang marbeles. Boleh tapaw lagi sos ni sebab banyak. Ayam bakar...as usual memang laris, semua orang suka makan termasuk budak2.




Sesi bergambo...okay...








Seronok dapat jumpa kawan2 lama, ni semua satu batch 1984 masa we all kat mrsm muar dulu. Majoriti orang Johor ler...so akak memang ada ramai kawan kat Johor. Tak dapat tidak, tak boleh kutuk sangat la JDT =)

Derang ni semua kerja hebat2, alhamdullillah.







Yang ni memang tak boleh blah, sebelum check out tu, ada yang mandi sungai tapi ada jugek makcik2 ni yang sibuk mengait... :)

Ingatkan derang ni buat apa ralik sangat. Dan entah bila pulak la hobi ni wujud. Akak memang tak minat nak mengait-ngait ni. Maisng2 bawak stok benang dan siap buat tutorial pada yang nak belajar mengait. Hebat derang ni..






Last but not least, anak dara akak jadi penjaga kepada budak2 kecik ni semua, especially masa mandi sungai. Budak2 kecik ni memang suka sangat dengan dua orang kakak yang suka melayan derang ni. Alhamdullillah, gathering ni berjalan dengan baik.




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...