Friday, January 15, 2016

classic hotel by agoda



Akak memang suka tempah hotel guna service agoda. So far tak ada masalah lagi, malah memang memudahkan kerja akak. Kalau tak silap, family trip pergi Langkawi dulu, akak tempah hotel guna agoda jek. Lepas tu bawa anak2 jenjalan ke Legoland, tempah hotel kat JB pun guna agoda. Ada sekali tu bawa anak2 pergi Melaka, pun tempah hotel guna agoda.

Apa yang akak dapat kalau guna agoda ni? Satunya, tak payah nak pikir banyak nak cari hotel bila dah sampai kat destinasi. Keduanya, tak payah sibuk2 nak call hotel sana sini, just untuk cari hotel yang sesuai dengan kehendak kita. Ketiganya, kita boleh pilih kategori hotel yang kita suka.

Biasanya akak cari hotel yang ada katil muat untuk 4 beranak. Kalau kita tempah macam biasa, bilik yang macam ni maybe agak  mahal. Tapi guna agoda, memang dapat best price. Tak payah nak tido berhimpit-himpit anak-beranak.



sumber : mr.google


Ni bukan hotel 5 stars tapi hotel ni memang bersih dan sesuai untuk bawa family. Lokasinya berdepan dengan Jalan Besar, Kuantan. Wifi ada 24 hours, sesuai la kan untuk anak2 yang suka melepak kat alam maya. Good for me also sebab senang nak search apa2 kat internet.





Restoran kat hotel ni memang comel tapi akak boleh bagi bintang2 dari aspek kebersihan. Menu not bad. Since we all dapat bilik yang included breakfast, so bersarapan la pagi tu dengan pulut kuning + sambal tumis bilis dan rendang ayam. Ada mee goreng, ada roti canai dan kuih-muih. Ada jugek nasi dagang. Ok kan...lebih kurang Hotel Seri Malaysia jugek kan :)



sumber : mr.google


Ini bilik twin single, yang akak booked ialah bilik family dengan dua double bed. So muat la 4 beranak kan. Bilik yang luas, standard ada almari baju dan fridge kecik. Lain sikit paten cadarnya tapi bilik memang selesa, selesa untuk bersolat.



sumber : mr.google


Bilik air memang luas, lebih daripada selesa dah. Memang berbaloi bayar RM160.00 untuk satu family. Biasanya agoda guna credit card untuk payment tapi sekarang dah boleh guna cash, bayar terus kat hotel semasa kita check-in. Cuma, jangan lupa bawa baucer tempahan yang dihantar oleh agoda ke inbox kita.










No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...