Wednesday, December 2, 2015
pesta buku
Nasib baik ada kawan bagitau tentang pesta buku kat PWTC. Anak dara dah tak sabar nak pegi sebab budak ni tengah kemaruk baca novel fixi. Pengaruh kawan2 sungguh. Kalau boleh dia nak beli trilogi novel, cerita yang bersambung2 gitu.
SRK cakap jangan hampakan anak kecik dia. Ok. Naik tren jek nak ke situ, kalau naik kereta, harus akak menggagau cari tempat parkir. Ye la, sebut pesta buku jek, mesti ramai nak serbu kan.
Actually tak happening sangat pesta buku yang ini, biasa2 jek tapi harga buku memang agak murah dan memang ada yang murah giler. Teringat anak dara yang sorang lagi tu. So, why not belikan dia novel sebijik dua kan.
Trend bacaan anak2 dara akak ni agak berbeza. Adik lebih suka novel fixi atau fiction, thriller gitu. Kakak pulak suka novel2 cintan, terbuai2 dengan watak2 dalam novel... That is why drama2 yang di adaptasikan daripada novel, kakak dah tau dah jalan cerita. Apa pun pesta buku yang ni dah tamat hari ahad lepas.
Selepas membelek novel fixi tu, sapa2 yang berminat nak tulis novel fixi, ada kriteria dia sendiri. Antara kriterianya ialah ...tajuk novel mesti satu perkataan jek dan jalan cerita mesti ada unsur2 fiction dengan penggunaan bahasa yang mudah. Bahasa Melayu dan Inggeris boleh campur adukkan. Nak best lagi, mampu tulis novel secara trilogi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Masa mula2 akak kawin dulu, huby akak (SRK) tak suka makan ikan darat @ ikan sungai ni. Tak minat katanya. Eksen . Orang Ganu eksen tak ...
-
By the time post ni di publish, maybe akak dah pun on the way balik kampung. Lama tak balik kampung. Excited nak balik kampung s...
-
..ikan aji-aji kukus...cooked by SRK.. Pernah makan ikan aji-aji? Akak rasa ramai yang tak berapa familiar dengan ikan ni sebab ikan n...
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...