Yang tengah tu budak dari Thailand... |
Last three weeks, anak dara dah joined KL International Canoe Competition kat Tasik Titiwangsa. Excited sangat walaupun dapat nombor 6 jek. First experience kan, lama2 nanti terror la tu. Dua hari jugek la budak ni berkampung kat situ.
Walaupun tak dapat top 3 tapi selepas competition tapi dapat free coaching session daripada coach negara Thailand. Jarang2 dapat peluang yang macam ni. Benefit lain, dapat jugek kawan2 baru dari negara2 lain.
Memang menarik bila dapat tengok banyak kayak kat tasik ni, meriah jadinya. Nak main kayak ni kena ada minat dan kesungguhan, dan stamina. Bukan mudah kan nak kayuh dan kontrol kayak sepanjang masa. Kalau tak stabil, terbalik la kayak tu kan.
Budak2 ni nak tunjuk baju kayak yang sponsored by sorang auntie ni.. |
Last two weeks, budak ni joined pulak competition kat Tanjung Malim. Berkayak kat sungai pulak tu, lebih mencabar daripada berkayak kat tasik. Air sungai agak deras, manakala air tasik statik sikit. Rasa tak boleh tido akak dibuatnya, mengenangkan anak dara nak berkayak kat sungai. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan baik.
Anak dara (kanan) |
Gigih nampaknya budak ni main kayak, tak jemu2 gayanya. Tak kira panas ke hujan, derang ni redah semacam jek. Kita pulak yang bimbangkan dia demam ke apa.
Sempat pulak mandi sungai waktu tengahari gitu, syok yer dapat mandi sungai dengan kawan2. 4-5 orang tu budak2 sekolah dia jugek.
Ramai jugek budak2 pompuan yang suka main kayak ni rupanya, tak padan dengan badan kecik. Masing2 bersemangat nak menang pertandingan. New experience main kayak kat sungai.
New experience lagi sebab bermalam kat asrama UPSI, terasa macam budak2 U dah katanya :). Dapat lagi kawan2 baru, rezeki la tu kan. rezeki persahabatan.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...