Mentang2 orang bagi free service kan tapi taukenya sendiri yang invite pergi salon dia, selagi dia tak puashati dengan treatment rambut yang akak buat. Well, sepetang lagi kat salon. Bawak anak dara jugek as peneman. Punya la lama duk kat salon sampai anak dara cakap dia dah mereput tunggu ummi. Kasi chance la kat ummi ni nak manja2kan diri jugek.
Layanan derang kat salon ni memang best. Dihidangkan air nescafe untuk akak sebab lama menunggu. Sedap nescafe yang budak Elly tu buat. Fyi Elly tu pekerja salon yang berambut blonde tapi dah berpunya dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Putih melepak orangnya. Elly cerita baru2 ni keluarganya datang dari Sumatera untuk beraya kat KL. Kesian jugek Elly ni, tiga tahun sekali baru dapat balik kampung.

Selain air nescafe, Elly suruh akak test makan buah dari Sumatera ni. Sori...akak pun tak tau nama buah ni tapi yang pastinya bukan buah pisang kaki. Sekali tengok macam buah ciku tapi kulit ciku macam keras sikit. Sambil manjakan diri, sambil minum nescafe sambil makan buah. Sapa2 yang tau buah apa ni, boleh la tinggalkan nama buah ni kat comment box..ye.
Macam ni la isi buah ni bila dibuka. Lembik tapi rasanya tak manis sangat. Lebih kurang buah delima tapi isinya besar sikit.
Selain Elly, Rose pun tolong entertained akak. Ajak lunch kat sebelah salon tu. Rose ni pun dah berpunya dan jugek berasal dari Indonesia. Apakah orang Malaysia dah tak minat dalam bidang dandanan rambut, hingga terpaksa mengupah pekerja2 dari Indonesia? Derang ni kerja kat salon jek terima gaji RM3,000.00 sebulan, mana nak dapat...kan...
Walaupun lama kat salon tapi yang paling sabar menunggu akak...tak lain tak bukan, SRK. Actually SRK yang rekomen suruh akak buat treatment etc. Walaupun SRK tunggu macam biskut chipsmore tapi dia nampaknya redha dengan aktiviti hujung minggu akak.
Ini la namanya tolak ansur dan sabar dengan karenah bini. Woha!!
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...