Monday, October 12, 2015

international wedding



Weekend yang agak busy. Sabtu, busy memontengkan anak dara daripada sekolah sebab dia nak tengok game polo air kat tasik titiwangsa. Kelab Kayak KL masuk game, so dia tak nak terlepas. Kat sekolah katanya cuma ada program anugerah ko-kurikulum untuk students. Budak zaman sekarang, awal2 dah plan dengan kawan2. Sorang kawan lagi tak hadir ke sekolah sebab rumah tak ada air...so tak dapat nak mandi. Harus..kan :)

Petang sabtu temankan one of my best friend shopping keperluan kawen kat sekitar Jalan Masjid India dan Kenanga Wholesale Center (KWC). Jenuh satu petang temankan dia. Decided to get married at last minute. Not with Malaysian but with Bangladeshi. Woha!!!

Akak yang terperanjat lebih walaupun dah lama tau affair dia tapi walau kita mengelak macamana sekalipun, kalau dah jodoh tak ke mana kan. Yang penting perlukan restu mak dan ayah. Mak dia dah tak ada, tinggal ayah. Walaupun pada mulanya ayah tak bersetuju 200% tapi akhirnya ayah mengalah jugek. Tapi kita tak tau apa yang tersirat dalam hati ayah, kan.






Membuat satu keputusan yang sukar adalah sukar. Tambah lagi keputusan itu melibatkan masa depan diri sendiri dan keluarga. Apa pun, hanya doakan yang terbaik untuk kedua2nya.

Preparation dibuat last minute tapi alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun ada problem bahasa sikit semasa akad nikah. Yang lawaknya, SRK jadi peneman pengantin lelaki sebab dia tak ada sapa2. Tok kadi pun jadi berpeluh bila pengantin lelaki susah nak menyempurnakan akad nikah. Maklum la, international wedding. Tapi lana nodin dan nurul wahab pun boleh kawen dengan mat saleh kan. No problem at all. Islam itu memudahkan.

Akak dan pengantin pompuan jek yang tak abih2 gelak dari jauh, tengok gelagat lelaki.






Yang wajib dan ikut adat budaya mesti ada, mas kawen dan cincin nikah. Kalau lelaki melayu selepas nikah mesti gelojoh nak terus pergi kat pengantin pompuan, nak sarung cincin. Tapi this man macam tak reti2 nak pergi sarung cincin. Memang lawak. Hinggakan akak terpaksa bagi signal kat SRK suruh pengantin lelaki sarung cincin. Actually akak bukan bagi signal tapi terus melaung panggil SRK. Seposen betul muka akak semalam. Ngeeeee....

Semoga berbahagia hingga ke Jannah...Aamiin.








No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...