Wednesday, January 14, 2015

simpan emas, lebih best


Sapa suka emas? Hampir semua orang suka emas kan. Statement klise tu, tapi jangan terkejut kalau ada orang tak suka emas.

Akak kurang suka pakai barang2 kemas terutamanya cincin. Nak pulak cincin emas yang ada permata, rasa agak rimas, tak tau kenapa. Tapi pakai juga la cincin belah rotan yang lama. Dah jadi cincin antik pun. Tapi itu tak bermakna akak tak suka emas. Akak suka sangat emas walaupun hanya simpan je. At one time, akak terbaca tentang pelaburan emas tapi takut juga kan bila kita nak join benda2 gini, bimbang kena tipu. Bimbang pelaburan emas yang kita buat tu tak betul dan akhirnya kita yang rugi. Simpan emas banyak2, dah labur duit banyak2...akhirnya kena tipu sebab company tu tutup la, ejen lari la kan. Memang menakutkan.

Lama akak baca kat internet pasal pelaburan emas ni...sehingga la akak terjumpa tawaran menyertai seminar public gold kat Ampang. Disebabkan tempat seminar tak jauh dari ofis akak, so akak buat keputusan untuk join seminar. Saja suka2 nak dengar orang berceloteh tentang emas. Tapi sebelum tu, akak dah bertukar-tukar pandangan dengan salah seorang jutawan public gold, Mama Azizah. Baik orangnya. Dia explained satu-persatu tentang pelaburan emas ni. Dipendekkan cerita, akak terus register dengan Public Gold dengan hanya membayar kadar minimum sebanyak RM100.00. Dalam masa kurang daripada sejam, akak dah terima statement pembayaran dan akak dah boleh login kat web Public Gold. Cepat kan.



Tengok gambar emas tu, menarik kan. Cuba bayangkan kalau kita ada banyak...mesti lagi best. 

Lepas abih kerja, akak terus ke tempat seminar. Masuk je situ, terus jumpa Mama Azizah. Dia excited dapat jumpa akak sebab lepas few days akak register, dah join seminar. Dia bagi akak pegang sekeping emas tulen (150gram). Sampai ke bilik seminar dia suruh akak pegang emas tu, suruh merasa getaran memegang emas katanya =)). Memang akak rasa teruja...hehe.

Kat dewan seminar, dia kenalkan akak dengan peserta2. Dia mentioned macamana cepatnya akak register dan boleh join seminar. Dia happy berkenalan dengan akak. Pandai Mama Azizah ni, no wonder dah jadi jutawan emas. 

Seminar yang berlangsung lebih kurang sejam setengah tu adalah percuma. Alhamdullillah akak dapat ilmu emas secara percuma, susah nak dapat macam tu kan. Murah rezeki Mama Azizah. Kami sempat bertukar-tukar fb supaya mudah untuk mendapatkan info emas. Mama Azizah memang sentiasa update info kat fb.

Selepas seminar, akak buat standing instruction kepada Public Gold. Tujuannya adalah untuk memudahkan akak untuk terus melabur emas. Orang kata sedikit demi sedikit, lama2 jadi bukit. Menyimpan emas tak rugi. Apa kata korang pun menyimpan emas? Nanti selepas 5-10 tahun, InshaAllah hasilnya tak mengecewakan. Even Mama Azizah pun bermula pada tahun 2008, kalau tak silap. Hanya enam tahun berkecimpung, dah boleh jadi jutawan emas.

Jom menyimpan emas, bermula daripada sekarang!

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...