Tuesday, September 17, 2013

makan2 @ ofis


Tetiba kan Jumaat lepas, bos kami mengidam nak makan laksa. Mengidam makan free sebenarnya. Huh. Kelam-kabut la we all prepare nak masak laksa (walaupun yang masak kuahnya...cuma sorang). Thanx Timah, I lap U always  =)).




Takkan makan laksa aje kan, mesti ada buah2an. Anggur tak tinggal, favourite, mesti kena beli. Kalau tak nanti mengungkit sampai sebulan tak habis you olls... Dah nama musim langsat kan, ada la buah langsat. Eh, langsat ke tu?





Kek lapis dari Sarawak. Ada insiden pulak pasal kek ni. Tengah sedap makan, ternampak pulak tumbuh2an kat kek ni...hahahaha....nasib baik akak tak kena cherry berry.





Haaaa...ni kek batik made in Ampang Jaya. Ini la kek batik yang paling deboom abad ni sebab boleh katakan kawan akak ni memang terror buat kek batik. Dan akak....terror makan kek batik.





Ini la rupanya "laksa free" yang kami makan tempoh hari. Tak cukup mangkuk lawa, guna mangkuk kertas pun jadi la. Habis juga semangkuk. Siap boleh tapau sampai ke malam. Kelassss...




Bos request nak telur gred kelas atasan....omega3 you olls tapi sukahati we all la nak beli telur gred apa kansss... Janji bekas telurnya bekas yang omega3 tu  =))   =))). Makan serupa tu juga, siap sendawa lagi. Thanx to kawan2 yang turut sama memeriahkan majlis kenduri-kendara. 

4 comments:

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...