Tuesday, June 11, 2013

layan anak2 dengan BLUE SKY EPIC @ Mentakab Star Mall





Sebelum habis cuti sekolah, akak dan SRK bawa anak2 pergi menonton Epic. Mula2 rancang nak menonton After Earth tapi si adik tak boleh masuk pulak. Kesian juga, takkan bawa kakak aje. So, pilih la filem yang boleh bawa masuk semua. Puas hati.

Few hours sebelum pergi, google dulu kat internet. Tengok2 dulu GSC ada tayang filem apa. Zaman teknologi canggih sekarang, semuanya hanya di hujung jari kan. Banyak filem sedang ditayangkan sekarang ni tapi disebabkan si kecik yang sorang ni, akhirnya kami pilih untuk menonton filem Blue Sky Epic 3D.




Happy betul budak2 ni nak tengok wayang, entah macamana walaupun tak berjanji tapi semua pakai baju warna senada aje.




Sebelum masuk panggung, kalau tak beli popcorn dan air, tak sah. Macam dah jadi tabiat pulak kan nak makan popcorn masa menonton filem. Beli la juga 2 set combo yang ada dua air setiap satu. Beli satu set nanti berebut pulak anak2 dara ni.




Kebetulan la pulak waktu tu ada group budak2 cina yang nak masuk menonton Blue Sky Epic juga. Ramai betul budak2 cina yang datang, riuh-rendah dibuatnya. Disebabkan group ini juga, kami masuk lewat ke panggung.




Lepas menonton Blue Sky Epic, masing2 dah lapar perut. Singgah di Tawan Tomyam untuk menikmati makan malam. Seronok betul budak2 ni dapat makan kat luar =)).





Budak kecik yang sangat suka enterframe ni memang takkan lepaskan momen nak posing. Pantang nampak ummi dia pegang kamera =)).  Macam akak juga, si kecik ni minat juga carrot susu. Sebab tu kalau masak sayur campur dan ada carrot, dia akan makan carrot tu.




Nasi goreng cina atau nasi goreng pattaya memang favourite anak2, biarpun pergi makan kat mana sekalipun. Kalau kita suruh tengok2 dulu menu, akhir sekali mesti pesan nasi goreng cina juga. Suruh makan makanan lain punya la susah.




Sama la juga dengan akak, asyik nak makan kueteaw kungfu hehe....sebab nak merasa kueteaw kungfu kat mana yang paling sedap. Setakat ni rasanya kueteaw kungfu paling sedap ada berdekatan dengan rumah akak aje, kat Bandar Puteri tu.




SRK pulak tak boleh tak makan nasi, mesti pesan nasi punya. Kalau la ada ketika dia pesan mee ke, mesti dia lunch lewat....sebab tu bila malam terasa lagi kenyangnya. Simple aje, nasi putih dengan tomyam campur dan telur dadar.

Makan lima orang, baru RM35.00. Agak murah kan.

Filem Blue Sky Epic ni memang best tapi comel lagi watak2 dalam Kungfu Panda. Kena pulak tengok filem 3D, lagi best. Semua macam real. Masuk lima orang kat GSC, kena la dalam RM70.00 semuanya sebab ada caj untuk spek 3D. Tapi puashati tengok.










4 comments:

  1. salam sis,jemput like page kami utk lihat jubah-jubah dari mesir dengan harga berpatutan.terima kasih :)

    https://www.facebook.com/pages/Nouryls-Apparel/145479962288182

    ReplyDelete
  2. Sis, cantik gamba Cameron Highlands tu :)

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...